Rabu, 21 Disember 2011

Kelantan Lawan Persebaya Jumaat Ini


JUARA Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Bharu, Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia, Dr Andi Alifian Mallarangeng diharap akan mewujudkan platform untuk kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.
“Harapan kami agar perlawanan seperti ini dijadikan acara tahunan. Ia bukan sahaja dapat menyiapkan pemain menghadapi saingan lebih besar, malah ia membuka peluang dan memberi pendedahan kepada mereka mengembangkan bakat mereka di persada lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Annuar berkata penganjuran secara bersama itu akan menggalakkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya dalam penganjuran perlawanan persahabatan.
“Ia akan menjadi satu pengalaman amat berharga untuk Kelantan dalam menentang pasukan berbakat seperti Persebaya. Ia akan menjadi pertandingan pra-musim yang sempurna untuk kami,” katanya.
Kedua-dua perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena.

Selasa, 13 Disember 2011

TRW Miliki Pemain Mantap Setiap Posisi


TIDAK wujud istilah kesebelasan pasukan pertama atau pasukan kedua sebaliknya semua pemain yang menyarung jersi skuad The Red Warriors mempunyai keupayaan yang hampir seimbang secara keseluruhannya.
Itulah gambaran awal Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang nyata cukup gembira dengan perkembangan pasukannya apabila berjaya membentuk satu kombinasi pemain yang mantap dan tidak menjejaskan prestasi pasukan meskipun terpaksa menggunakan pemain simpanan.
“Itu yang saya mahukan daripada pemain saya. Kita ada 30 pemain dalam skuad ini dan terbukti mereka mempunyai keupayaan yang cukup seimbang. Sesiapa sahaja pemain boleh bertukar ganti dan ini tidak menjejaskan prestasi pasukan.
“Jika ada pertukaran pemain ketika perlawanan, kita mahu pemain yang digantikan itu dapat mengekalkan rentak permainan malah mampu memberikan persembahan yang lebih baik tanpa menjejaskan mutu permainan.
“Bagi Kelantan, apabila berpeluang beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seumpama kita mewakili Negara. Jadi kita kena berusaha untuk memastikan Kelantan berada dalam kelas yang tersendiri,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan dengan pasukan T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam.
Mengulas mengenai persembahan pemain import iaitu Mohammed Ghaddar Mahmoud dan Denny Antwi yang digandingkan buat pertama kali dengan penyerang tempatan, Norshahrul Idlan Talaha, Annuar menjelaskan mereka masih memerlukan masa untuk membentuk satu rangkaian penyerang yang lebih berbisa pada saingan liga musim depan.
“Sebenarnya ini pertama kali mereka bertiga digandingkan. Saya lihat mereka ada persefahaman baik tetapi saya fikir masih ada ruang untuk diperbaiki.
“Masing-masing mempunyai gaya permainan berbeza. Namun persamaannya mereka mempunyai penguasaan bola dan kemahiran individu menarik,” katanya.

Isnin, 12 Disember 2011

The Red Warriors Kian Membara


Pembukaan perlawanan persahabatan pra musim Kelantan siri kedua pada bulan disember ini bermula baik apabila Kelantan berjaya menundukkan T-Team musuh tradisi dengan bantuan 3 bekas wira T-Team sewaktu Kelantan diaibkan dalam dua saingan Liga Super 2011 lalu. Semalam ketiga-tiga pemain ini beraksi cemerlang di posisi masing-masing untuk mengembalikan kemenangan kepada seluruh penyokong Kelantan.
Perlawanan ini juga berjaya menarik kehadiran lebih 15,000 penyokong Kelantan yang sudah lama merindui aksi barisan pemain-pemain 2012 sehingga tercatat antara jualan tiket terlaris dalam perlawanan persahabatan di Malaysia pada tahun ini, malah mereka turut berpuashati dengan kemunculan pertama Mohammed Ghaddar di atas padang stadium Sultan Muhammad ke 4 meskipun dikhabarkan masalah komunikasinya yang hanya boleh bercakap bahasa arab telah memberi masalah kepada pemain lain dan hal ini jelas dapat dilihat pada malam tadi.
Kelantan akan menanti saingan antarabangsa menentang Persebaya pada 23 disember nanti.
Senarai kesebelasan utama:
Penjaga Gol:Syazwan Yusoff (Penjaga Gol)
Pertahanan: Daudsu Jamaluddin, Subramaniam, Azizi Mat Rose, Aziz Ismail
Tengah: Norfarhan, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin
Penyerang : Norshahrul Idlan Talaha, Muhammed Ghaddar, Denny Antwi

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

 The Red Warriors

Selasa, 6 Disember 2011

Rainforest Challenge(RFC) 2011-Terengganu








Piala AFC 2012 - Jadual Tidak Rasmi Kelantan dan Terengganu


Berikut adalah jadual tidak rasmi semua perlawanan peringkat kumpulan H melibatkan empat pasukan, Kelantan, Ayeyawady United, Arema Indonesia dan Navibank Saigon.
  
Berikut adalah jadual tidak rasmi semua perlawanan peringkat kumpulan F melibatkan empat pasukan, Terengganu, Kitchee, Song Lam dan Tampines Rovers.

 Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh AFC ada kemungkinan dua wakil Malaysia, Kelantan dan Terengganu akan bertemu seawal pusingan kedua. -RedsfcNews-

Isnin, 5 Disember 2011

ADIDAS Malaysia lancar bola rasmi Euro 2012


KUALA LUMPUR,- Adidas Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan Adidas 'Tango 12', bola rasmi untuk Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (Euro 2012) yang akan berlangsung di dua negara - Poland dan Ukraine - dari 8 Jun hingga 10 Julai tahun depan. 

Pelancaran bola itu di peringkat global dilakukan bekas pelompat pagar Ukraine Sergey Bubka semasa pengundian rasmi pertandingan quadruple di National Arts Palace di Kiev, Ukraine pada Jumaat. 

Menurut Pengurus Pemasaran Komunikasi Jenama dan Sukan Adidas Malaysia Bryan Gee bola itu telah diuji oleh pemain terkemuka bola sepak seperti Ashley Cole dari England dan Petr Cech dari Republik Czech dan beberapa kelab Eropah seperti Bayern Munich, Jerman; dan AC Milan, Italy. 

"Apa yuang unik tentang bola ini ialah ia direka untuk permainan bola sepak moden bagi gerakan pemain yang lebih pantas dan juga teknologi yang membolehkan kawalan lebih baik oleh penjaga gol," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di Pavillion Shopping Mall, di sini. 

Bola ini adalah bola pertandingan rasmi yang ke 11 dicipta untuk pertandingan Eropah yang bermula pada 1963. 

Sepanjang sejarahnya, empat rekaan berilhamkan Tango dihasilkan. Tiga sebelum ini ialah Tango River Plate 1980, Tango Mundial 1984 dan Tango Europa 1988. 

Bola tersebut berharga RM399 boleh didapatkan di semua stor Adidas mulai hari ini.-Sport@KTV News

Norizman juara CP130 Cub Prix 2011


Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di Penang Esplanade, Pulau Pinang, hari ini.

Walaupun bermula di petak ketujuh, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu berjaya menempatkan dirinya di atas podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 12 minit 02.099 saat manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) berjaya mempertahankan kemenangannya buat kali ketiga berturut-turut di litar Padang Kota Lama sejak tahun 2009 dengan masa 11:40.831s diikuti Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) di kedudukan kedua dengan 11:55.945s.

Jumlah 16 mata yang dipungut pada perlumbaan terakhir musim ini membolehkan Norizman mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 129 mata menewaskan rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di tangga kedua dengan 111 mata manakala Muhaimin ketiga dengan 108 mata.

Gembira dengan kejayaan kedua dalam kategori perdana selepas bergelar juara pada tahun 2005, Norizman berkata, “Tidak ada apa yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya hari ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja, mekanik dan juga keluarga serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” kata pelumba berasal dari Sungai Buloh itu.

Bercakap tentang perlumbaan, “Pada peringkat awal segalanya tidak begitu lancar. Saya gagal mencatatkan masa terbaik pada ketika Superpole dan terpaksa bermula di petak ketujuh. Selepas itu saya hanya meletakkan sasaran untuk mengutip seberapa banyak mata yang termampu dan berada di hadapan Affendi. Namun selepas Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) dan Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Racing Malaysia) sedikit terbabas pada selekoh terakhir, saya mengambil peluang tersebut untuk memintas dan seterusnya berjaya menjejaki podium.”

Menceritakan tentang perasaannya selepas memenangi gelaran kedua selepas tewas kepada Hafizh musim lepas, Norizman menambah, “Saya begitu berpuas hati kerana berjaya memenangi perlumbaan kategori CP130/Expert buat kali kedua tambahan pula ini hanya merupakan musim kedua saya bersama Honda. Ini membuktikan bagaimana kami berjaya menunjukkan peningkatan begitu ketara sepanjang dua tahun ini. Saya pasti semua orang di dalam pasukan ini mempunyai perasaan sama kerana kami berjaya menggondol kedua-dua gelaran individu dan berpasukan pada musim ini.”

Sport@KTV News

Mat Yo kekal gelaran Pemain Paling Bernilai


Norshahrul Idlan mengekalkan gelaran Pemain Paling Bernilai/Anugerah Supermokh dalam majlis Anugerah 100 Plus-Astro Arena-FAM 2011 yang diadakan di hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam hari ini.

Penyerang Kelantan yang menjaringkan 19 gol dalam kempen Liga Super musim lalu itu turut dijulang selaku Penyerang Terbaik mengetepikan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan Safiq Rahim yang mewakili pasukan Selangor.

"Anugerah Supermokh ini merupakan pengiktirafan buat saya kerana Allahyarham Mokhtar Dahari merupakan seorang penyerang paling berharga. Anugerah ini akan membakar semangat untuk beraksi lebih konsisten dalam setiap perlawanan," ujar pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu.

Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) diumumkan sebagai persatuan negeri terbaik sementara Selangor PKNS FC yang muncul sebagai juara Liga Perdana musim ini dinamakan sebagai kelab terbaik.

Wan Zack Haikal Wan Noor mengubati kekecewaannya terlepas menyertai Sukan SEA akibat kecederaan dengan meraih anugerah Pemain Harapan Terbaik.

Anugerah Jurulatih Terbaik jatuh kepada Irfan Bakti yang menjulang Terengganu sebagai juara Piala FA, naib juara Liga Super dan Piala Malaysia.

Gelaran Pemain Tengah Terbaik menjadi milik Safiq Rahim sementara tonggak Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah muncul Pertahanan Terbaik dan Khairul Fahmi memenangi anugerah Penjaga Gol terbaik buat tahun kedua berturut-turut.

Sport@KTV News

Jumaat, 2 Disember 2011

Sepang 1000km janji aksi penuh debaran

1

Image © SIC 
Para peserta mengambil selekoh semasa saingan Sepang 1000 KM yang berlangsung pada edisi tahun lalu. Gambar arkib.

SEPANG, (Arena.my) - Sepang 1000 KM bakal menghangatkan litar mulai Khamis hingga Sabtu ini, dalam acara kemuncak yang bakal menutup tirai musim perlumbaan  di Litar Antarabangsa Sepang.
SIK, yang menyaksikan dua edisi pertamanya dianjurkan pada minggu pertama Jun, membuat keputusan untuk mengubah jadual perlumbaan ke awal Disember pada kali  ini untuk menggambarkan status baru S1 K sebagai penamat musim perlumbaan baru SIC.
"Sebab utama kami mengubah tarikh S1K adalah untuk memberikan lebih masa kepada peserta untuk mempersiapkan jentera mereka. Meminda tarikhnya ke akhir tahun  menjanjikannya status sebagai acara kemuncak tahun ini dan juga mengakhiri tahun dengan acara besar.
"Kami juga mahukan pelumba baru untuk menjalani tempoh latihan lebih lama dengan menyertai pusingan Malaysian Super Series sebelum menyertai S1K yang lebih  mencabar.
"Kami juga mahukan S1K untuk menjadi pentas buat pasukan dan pelumba untuk mara setapak lebih jauh dalam MMER pada tahun berikutnya," kata Ketua Pegawai  Eksekutif SIC, Razlan Razali.
Selain perubahan tarikh yang menggambarkan kedudukan S1 K sebagai penamat musim terbaru  SIC, perlumbaan tahun ini juga akan menyaksikan perubahan daripada  segi peraturan perlumbaan dalam usaha untuk menggerakkan ke hadapan pembangunan arena sukan bermotor Malaysia.
Perlumbaan tahun ini bakal menyaksikan 23 kereta di atas grid dengan pengeluar tempatan, Proton mendahului dengan 15 akan beradu dalam Kelas 2.
Proton juga akan meletakkan wakil dalam kategori perdana, Kelas 1 dengan  Team ASG akan turun ke trek dalam jentera Proton Inspira yang diketuai Krish  Shanmugam, Alex Ritchie dan Ryan Ritchie.
Selain jualan tiket, terdapat banyak lagi aktiviti samping yang dianjurkan sempena perlumbaan termasuk demonstrasi pocket bike, drifting, go-kart dan  perjumpaan kelab bermotor.
Sejumlah RM30 akan dikenakan masing-masing bagi demonstrasi drift di PA1, pocket bike dan go-kart.

Tiga pasukan F1 akan tukar nama pada 2012


Image © AFP 
Pemandu Virgin, Timo Glock dari Jerman ketika sesi latihan pertama di GP Korea di Yeongnam pada 14 Oktober 2011.

GENEVA, (AFP) - Tiga pasukan Formula Satu (F1) - Team Lotus, Lotus Renault dan Virgin akan menukar nama masing-masing pada musim F1 2012, umum badan pengurusan sukan itu, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA).
Team Lotus akan dipanggil Caterham F1 sementara Lotus Renault akan menggunakan nama Lotus dan Virgin pula dengan nama Marussia F1.
Selepas mesyuarat Suruhanjaya F1 yang dipengerusikan oleh pegawai tertinggi, Bernie Ecclestone di Geneva, FIA meluluskan permohonan oleh tiga pasukan tersebut.
Keputusan yang dibuat keatas pasukan Team Lotus dan Lotus Renault turut mengambilkira apabila kedua-duanya menggunakan enjin Perancis dan penggunaan nama hampir serupa yang telah membawa kekeliruan di kalangan peminat.

Martin O'Neill 'agrees' to become Sunderland boss


Martin O'Neill has agreed to succeed Steve Bruce as Sunderland manager, BBC Sport understands.
O'Neill, whose last managerial job was at Villa Park, has been regularly tipped for vacant posts at high-profile teams in the last 12 months and was the bookmakers' favourite.
Neil Lennon
Celtic manager
The Black Cats are 16th, two points above the relegation zone, which led to Bruce's sacking on Wednesday.
The team has won only two of their 13 league games this season.
O'Neill, 59, a former Nottingham Forest player, built his managerial reputation at Wycombe Wanderers before successful spells at Leicester City and Celtic.
He joined Villa in 2006 and led them to three straight sixth-placed finishes in the Premier League and the Carling Cup final before resigning before the start of the 2010-11 season.
He is understood to have met Sunderland's owner and chairman Ellis Short on Thursday evening in London to negotiate a deal.
One of the key aspects of the agreement is said to be O'Neill's agreement to the budgetary constraints at the Stadium of Light.
Sunderland's next fixture is a Premier League game against Wolves on Sunday but O'Neill is expected to take charge after that game.

O'NEILL'S MANAGERIAL CAREER

  • 1987-1989 Grantham Town
  • 1989 Shepshed Charterhouse
  • 1990-1995 Wycombe Wanderers
  • 1995 Norwich City
  • 1995-2000 Leicester City
  • 2000-2005 Celtic
  • 2006-2010 Aston Villa
The club is thought to have had O'Neill as their preferred choice to replace Steve Bruce.
Celtic manager Neil Lennon, who worked under his fellow Northern Irishman at Leicester and Celtic, would welcome O'Neill's return to management.
Lennon said: "If he gets the job, it would be brilliant to see him back in the game.
"He has a penchant for lifting clubs. Sunderland is a huge club and I know that, as a boy growing up, it was his favourite team, so there might be an emotional tie there for him.
"But I think he is just ready to get back into the game. If he is offered the job, whether he takes it or not, I hope that we will see him back in the Premier League sooner rather than later."