Selasa, 16 Oktober 2012

Tahniah Kepada Red Warriors

Kelantan mara ke Final Piala Malaysia apabila berjaya membenam Selangor 2-0 hasil jaringan lewat import sensasi Kelantan,Mohamed Ghaddar dan gol kedua menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan oleh Badhri Radzi.
Kejayaan ini bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila tunjang utama Kelantan,Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi dipentas final gara-gara mengutip dua kad kuning.Mungkin sudah tersurat Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi untuk Kelantan atau adakah agenda tersirat yang ingin memastikan pasukan Kelantan beraksi tempang di Final nanti.


Apapun semangat juang semua pemain malam ini menghadiahkan satu lagi kejayaan buat Kelantan kerana berjaya melangkah kepentas final Piala Malaysia sekali lagi.ATM adalah lawan yang sukar kerana rekod Piala Malaysia musim ini menyaksikan Kelantan seri ditempat lawan dan terpaksa berhempas pulas untuk menang di Kota Bharu.
Kejayaan Kelantan ini memadamkan impian misi 33 yang dikuburkan The Red Warriors di gelanggang keramat mereka sendiri.dihadapan puluhan ribu penyokong mereka Red Giant jatuh tersungkur di baham Red Warriors sambil menyaksikan Bosko Balaban diperintah keluar padang dibabak akhir perlawanan gara-gara menyiku Obinna.
Pertahanan Kelantan bertindak cemerlang malam ini apabila berjaya mengekang setiap asakan penyerang Selangor yang diketuai Amri Yahyah.S.Subramaniam antara watak penting malam ini,Beliau berhempas pulas mengekang setiap pergerakan lawan sambil dibantu Nik Shahrul,Obinna dan Daudsu.Khairul Fahmi juga banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan dari dibocori malam ini.
Syabas buat semua pemain yang bertungkus lumus memberikan persembahan terbaik dan tidak menghampakan penyokong-penyokong setia yang datang dari segenap ceruk termasuk dari bumi Kelantan sendiri.Penyokong-penyokong The Red Warriors sepatutnya mendapat anugerah penyokong terbaik tahun ini andai dikira dari segi sokongan dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang musim ini.

Ghaddar Penyelamat Misi Kelantan

Gol penyamaan Mohd Ghaddar pada masa tambahan menjadi penyelamat misi Kelantan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3. Felda United hampir melakukan kejutan besar ke atas kealpaan pemain Kelantan yang dilihat bermain dibawah prestasi sebenar. Kelantan akan menentang Selangor pada saingan separuh akhir pertama dan kedua nanti.
Jika perlawanan malam tadi dijadikan ukuran, Kelantan perlu memperkemaskan prestasi pemain sebelum pertemuan pertama dengan Selangor memandangkan prestasi Selangor berada ditahap terbaik, apa-apa boleh berlaku jika Kelantan alpa. Terus memberi sokongan padu kepada The Red Warriors hanya selangkah sahaja lagi Kelantan akan melangkah ke final. GOMO KELATE GOMO.

Kelantan isytihar 21 Okt cuti peristiwa

KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan 21 Oktober ini cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan negeri itu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober di Shah Alam.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.