Selasa, 16 Oktober 2012

Tahniah Kepada Red Warriors

Kelantan mara ke Final Piala Malaysia apabila berjaya membenam Selangor 2-0 hasil jaringan lewat import sensasi Kelantan,Mohamed Ghaddar dan gol kedua menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan oleh Badhri Radzi.
Kejayaan ini bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila tunjang utama Kelantan,Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi dipentas final gara-gara mengutip dua kad kuning.Mungkin sudah tersurat Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi untuk Kelantan atau adakah agenda tersirat yang ingin memastikan pasukan Kelantan beraksi tempang di Final nanti.


Apapun semangat juang semua pemain malam ini menghadiahkan satu lagi kejayaan buat Kelantan kerana berjaya melangkah kepentas final Piala Malaysia sekali lagi.ATM adalah lawan yang sukar kerana rekod Piala Malaysia musim ini menyaksikan Kelantan seri ditempat lawan dan terpaksa berhempas pulas untuk menang di Kota Bharu.
Kejayaan Kelantan ini memadamkan impian misi 33 yang dikuburkan The Red Warriors di gelanggang keramat mereka sendiri.dihadapan puluhan ribu penyokong mereka Red Giant jatuh tersungkur di baham Red Warriors sambil menyaksikan Bosko Balaban diperintah keluar padang dibabak akhir perlawanan gara-gara menyiku Obinna.
Pertahanan Kelantan bertindak cemerlang malam ini apabila berjaya mengekang setiap asakan penyerang Selangor yang diketuai Amri Yahyah.S.Subramaniam antara watak penting malam ini,Beliau berhempas pulas mengekang setiap pergerakan lawan sambil dibantu Nik Shahrul,Obinna dan Daudsu.Khairul Fahmi juga banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan dari dibocori malam ini.
Syabas buat semua pemain yang bertungkus lumus memberikan persembahan terbaik dan tidak menghampakan penyokong-penyokong setia yang datang dari segenap ceruk termasuk dari bumi Kelantan sendiri.Penyokong-penyokong The Red Warriors sepatutnya mendapat anugerah penyokong terbaik tahun ini andai dikira dari segi sokongan dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan