Rabu, 13 November 2013

Bekas Naib Juara F1 Felipe Massa Sertai Williams


Felipe Massa
SELEPAS lapan tahun bersama Ferrari, bekas naib juara F1 Felipe Massa dari Brazil telah menandatangani kontrak baru untuk bersama pasukam Williams untuk musim 2014.
Massa telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan pasukan dari England itu yang berhasrat untuk membina semula kegemilangan tahun 1980an di mana mereka menguasai perlumbaan Formula 1.
Massa, hanya tewas satu mata sahaja kepada Lewis Hamilton yang memandu untuk McLaren pada perlumbaan musim 2008 untuk muncul sebagai naib juara dunia.
Kedudukan Massa tergugat apabila pasukannya Ferrari mengumumkan yang mereka telah berjaya mendapatkan khidmat bekas juara, Kimi Raikkonen untuk bergandingan dengan Fernando Alonso untuk musim depan.
Bagaimanapun nampaknya pelumba berusia 32 tahun itu akan terus kekal bersama Formula 1 untuk musim yang ke-12 selepas menandatangani perjanjian baru dengan Williams.
Kemasukkan Massa bermakna pemandu Williams, Pastor Maldonado terpaksa memberi laluan kerana mereka hanya mahu memgekalkan seorang lagi pemandu iaitu Valtteri Bottas.
Sepanjang tempohnya bersama Ferrari, Massa telah memenangi 11 perlumbaan Grand Prix.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan