Khamis, 21 Mei 2015

INFO RASMI FINAL PIALA FA 2015 DI STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL, SABTU INI (23 MEI)

1. Sejumlah 78,452 tiket dijual dengan harga RM40 dewasa & RM5 kanak-kanak.
2. Pada mesyuarat Jawatankuasa Pengelola semalam, Kelantan dan LionsXII diberi peruntukan sama rata 30,000 tiket setiap pasukan manakala selebihnya akan dijual secara online di www.tickethotline.com.my.
3. Namun pihak LionsXII hanya mahu sejumlah 3,000 tiket (dewasa sahaja) untuk dijual pada Rabu ini (esok) di Stadium Jalan Besar, Singapura dari 12 tengahari hingga 9 malam.
4. Keadaan itu membolehkan FAM meluluskan penambahan peruntukan tiket kepada Kelantan dan sejumlah 40,000 tiket (termasuk 2,000 tiket kanak-kanak) akan dijual pada Rabu ini (esok) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bermula 9 pagi.
5. Selebihnya baki tiket termasuk 1,000 tiket kanak-kanak dijual secara online di www.tickethotline.com.my bermula 10 pagi tadi (Selasa). Setiap pembelian, maksimum 4 tiket sahaja. 
6. Penebusan tiket online di Pintu Ungu, Stadium Nasional pada Khamis (10am-6pm), Jumaat (10am-6pm) & Sabtu (10am-7pm). Tiada jualan tiket biasa di Stadium Nasional, hanya penebusan tiket online.
7. Pintu masuk untuk penyokong LionsXII, hanya Pintu Biru. Selebihnya pintu-pintu lain adalah untuk penyokong Kelantan. Pintu mula dibuka jam 4 petang, Sabtu ini.
8. Kenderaan berpelekat di parkir C dan parkir VVIP/VIP. Penyokong LionsXII di parkir E manakala selebihnya untuk penyokong Kelantan.
9. Pihak polis dan keselamatan akan membuat kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk dengan membuat pemeriksaan tubuh secara menyeluruh dan kawalan barang-barang terlarang.
10. Jawatankuasa Keselamatan FAM turut mengingatkan penyokong supaya tidak membawa sepanduk/banner berunsur politik dan provokasi. Jika ia dipamerkan, banner berkenaan akan dirampas pihak keselamatan.
11. Pihak FAM dengan kerjasama SWCorp akan mengadakan Kempen Zero Sampah - Kebersihan Stadium Tanggungjawab Bersama pada final, Sabtu ini. Ia permulaan kempen dan akan diteruskan di setiap negeri sepanjang penganjuran Liga Malaysia.
12. Perkhidmatan LRT serta bas perantara (Rapid KL) akan dilewatkan sehingga jam 3 pagi bagi memenuhi keperluan penyokong selepas tamat perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan