Sabtu, 31 Disember 2016

PETROL DAN DIESEL NAIK 1 JANUARI 2017


Berkuat kuasa 1 Januari 2017 (esok),

harga petrol RON95 naik 20 sen kepada RM2.10 berbanding RM1.90 seliter.

Harga bahan api RON97 turut naik 15 sen daripada RM2.25 kepada RM2.40 seliter.

Manakala diesel naik kepada RM2.05 seliter daripada RM1.85 seliter pada Disember 2016.


DUA PELAJAR LEMAS DI TOK BALI DIJUMPAI


KOTA BHARU: Dua pelajar lemas yang hilang hampir seminggu dibawa arus ketika bermandi-manda di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh dekat ini pada Ahad lalu ditemui di Pantai Tak Bai, Narathiwat Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, setakat ini tanda-tanda indentiti kedua-dua mangsa sudah dikenal pasti dan proses pengecaman akan dibuat kedua-dua keluarga masing-masing yang dalam perjalanan ke sana.

Mayat Amir Azfar Rafa, 13, dijumpai terdampar oleh penduduk kampung di pantai berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Sementara mayat kedua, Ahmad Haziem Anizam, 14, dijumpai pada pukul 10.30 pagi tadi.

Jarak antara kedua-dua mayat yang dijumpai lebih kurang lima kilometer dan jarak antara Pantai Tok Bali dengan Pantai Tak Bai kira-kira 90 kilometer.

Kedua-dua mayat kemudian dibawa ke Hospital Narathiwat, Thailand untuk proses pengecaman kedua-dua keluarga yang terlibat.

AMARAN KATEGORI KEDUA BAGI ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) – Kemas kini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore dan Reef North sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 10:07 pagi, 26 Disember 2016.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

AMARAN HUJAN BERTERUSAN


Amaran Hujan Berterusan

Dikeluarkan pada : 08:06am pada 31 Disember 2016

Hujan berterusan yang berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang (Daerah Jerantut, Maran, Kuantan & Pekan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Sabtu 31 Disember 2016.

Khamis, 29 Disember 2016

WARGA EMAS LEMAS DI PCB


KOTA BHARU: Lelaki berusia 59 tahun ditemui lemas selepas dihanyutkan ombak ketika menjalani terapi kaki di tepi Pantai Cahaya Bulan (PCB) jam 4 petang tadi.

Mangsa, Jaafar Ahmad ditemui oleh orang ramai pada 4.15 petang tadi.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Difahamkan mangsa yang menghidap kencing manis ke pantai berkenaan untuk menjalani terapi dengan menanam kedua-dua kakinya di dalam pasir sebelum dihanyutkan ombak.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Ismadi Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.19.petang sebelum sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah ditemui orang awam.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


KAFA BERSETUJU TARIK DIRI LIGA MALAYSIA 2017



KOTA BHARU: Keputusan Kongres Luar Biasa KAFA 2016  bersetuju menarik diri dan akan memuktamadkan menarik diri sebelum tarikh pendaftaran akhir pemain pada 6 Januari 2017.

KAFA kini masih ingin meneruskan usaha mencari dana bagi Pasukan Kelantan untuk meneruskan saingan dalam Liga Malaysia 2017 untuk menyelamatkan bolasepak Kelantan.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata pada dasarnya ahli kongres bersetuju menarik diri akan tetapi masih mengharapkan barisan exco KAFA dapat mencari dana untuk pasukan Kelantan sehingga 6 Januari depan iaitu tarikh akhir bagi pendaftaran pemain.

Selepas tarikh akhir berkenaan jika usaha KAFA menemui jalan buntu maka KAFA akan meneruskan hasrat menarik diri dalam saingan Liga Malaysia 2017 musim depan.

SMNET NEWS

Rabu, 28 Disember 2016

PEMOTONG RUMPUT MAUT DIHEMPAP TRAKTOR


SEGAMAT: Seorang kontraktor memotong rumput di sebuah loji memproses minyak berhampiran Lebuhraya Segamat-Kuantan, di sini, maut selepas dihempap traktor yang dipandunya dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unis, berkata, mangsa, Mohd Ridza Tahari, 64, maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

"Ketika kejadian, mangsa sedang memotong rumput di lereng bukit loji minyak tersebut menggunakan traktor sebelum traktor tersebut hilang kawalan dan terbalik.

"Orang awam yang melihat kejadian tersebut segera meminta bantuan dan cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Sementara itu, salah seorang waris mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa meninggalkan seorang balu, Siti Kalsom Sangidhi, 59, dan empat anak lelaki serta tinggal di Taman Yayasan, di sini.

"Arwah sebenarnya telah menjalankan kerja-kerja memotong rumput di kawasan berkenaan sejak lima tahun lalu dan mempunyai 10 pekerja dan turut sama melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum ini," katanya.

Isnin, 26 Disember 2016

AMARAN KATEGORI KEDUA AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 11.37 malam, 22 Disember 2016.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef North sehingga Sabtu, 31 Disember 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan sehingga Sabtu, 31 Disember 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu, 31 Disember 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis, 29 Disember 2016.

#MetMalaysia
SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Sabtu, 24 Disember 2016

AMARAN HUJAN LEBAT PERINGKAT KUNING


Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 10:27am pada 24 Disember 2016

Dikeluarkan pada : 09:35 am pada 24 Disember 2016
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai dari Isnin, 26 Disember 2016 sehingga Rabu, 28 Disember 2016.



SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN
Dikeluarkan pada 10:27 AM 24 Disember 2016

Hujan berterusan yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Sabtu, 24 Disember 2016.

13 TERBUNUH NAHAS BAS EKSPRES DI JOHOR


MUAR: Seorang kanak-kanak antara 13 terbunuh dalam nahas bas ekspres terbabas ke dalam curam di KM137 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayo, awal pagi ini.

Kemalangan yang turut menyebabkan 17 penumpang lain cedera manakala pemandu dikatakan turut terkorban.

Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 pagi.

Katanya, satu jentera dan satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (ERMS) membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muar dikejarkan ke lokasi.

"Pada masa sama, jentera membabitkan pegawai dan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng serta satu jentera, seorang pegawai dan lima anggota balai Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas ke dalam curam menyebabkan 13 orang termasuk seorang kanak-kanak dan pemandu meninggal dunia.

“Selain itu, 17 penumpang lain cedera dan kami berusaha membantu mereka mendapatkan bantuan kecemasan," katanya.

Jumaat, 23 Disember 2016

AMARAN HUJAN BERTERUSAN


Amaran Hujan

Dikeluarkan pada : 09:25am pada 23 Disember 2016

AMARAN HUJAN BERTERUSAN
Hujan berterusan yang berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang, Kuala Krai & Pasir Puteh) & Terengganu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Jumaat, 23 Disember 2016.

Khamis, 22 Disember 2016

MAJLIS UNDIAN PIALA FA 2017 SELESAI


SUBANG JAYA: Undian Piala FA 2017 telah selesai sebentar tadi. Berikut adalah jadual perlawanan pusingan pertama di mana tiga pasukan dari Liga FAM layak secara automatik ke pusingan kedua manakala 10 pasukan lagi akan berentap untuk layak ke pusingan kedua.



Pasukan yang menang dalam pusingan pertama (kelayakan Liga FAM) akan ke pusingan kedua dan bertanding bersama 12 pasukan dari Liga Super dan 12 pasukan dari Liga Premier.

SUMBER: FOOTBALL MALAYSIA LLP

#PialaFA2017
#FootballMalaysia

BABI TIDAK HALAL


Dapatkan buku "Kenapa BABI Tidak HALAL?" tulisan SAMHANI ISMAIL, Calon PhD Neurosains, University Sains Malaysia.


Siapa yang berminat boleh pm direct kepada FACEBOOK Samhani Ismail..

Selasa, 20 Disember 2016

GEMPA BUMI KUAT MAGNITUD 6.7 DI KEPULAUAN SOLOMON


Gempa bumi kuat pada pukul  12:21 tengahari 20/12/2016 di kedudukan 9.7 Selatan 161.6 Timur dengan magnitud 6.7 dan kedalaman 10km di Kepulauan Solomon. 95km Barat Laut Kirakira,Kepulauan Solomon.5026km Tenggara Semporna,Sabah. Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia....
#MetMalaysia.

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

KEMPEN SUMBANGAN RM10 SEORANG SELAMATKAN TRW



KOTA BHARU: Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) menggerakkan kempen "Satu Rakyat Kelantan RM10" hari ini, bagi menyelamatkan masa depan pasukan bola sepak negeri Kelantan itu daripada berkubur dalam saingan Liga Malaysia 2017.


Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kutipan dibawah tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan itu bertujuan menyelamatkan Pasukan The Red Warriors (TRW) selepas KAFA mahu menarik diri daripada menyertai saingan liga Malaysia 2017 tahun depan.

 Kami pilih RM10, kerana ia adalah not wang kertas berwarna merah dan warna itu secara simbolik melambangkan Kelantan (TRW) tetapi kami tetap harapkan sumbangan ribuan atau mungkin jutaan ringgit dan bukan RM10 sahaja.

Merah juga warna tradisi pasukan Kelantan (TRW) dan juga bendera negeri Kelantan, jadi kita kena pertahankan maruah negeri Kelantan.

Kami harap usaha ini dapat membangkitkan semangat rakyat Kelantan, negeri ini mempunyai 1.8 juta penduduk, kalau beri RM10 seorang, kita sudah dapat jumlah untuk keseluruhan Liga Malaysia untuk musim depan,” katanya pada sidang media pelancaran tabung selamatkan pasukan Kelantan (TRW) di Kota Bharu siang tadi. SMNET NEWS

FBT Teruskan Sokongan Jangka Panjang untuk Sukan SEA


KUALA LUMPUR: Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysian Organising Committee, MASOC) berjaya meraih satu lagi penajaan apabila FOOTBALL THAI FACTORY SPORTING GOODS CO. LTD (FBT), yang telah dari dahulu lagi menyokong temasya sukan ini, bersetuju menjadi penaja Platinum untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017) dalam majlis yang diadakan di Putrajaya, pada Selasa, 15hb November 2016.

Kerjasama ini dimeterai dengan majlis menandatangani perjanjian yang dihadiri oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan; Dato’ Seri Zolkples Embong, Ketua Pegawai Eksekutif MASOC; Puan Phaveena Chokephaibulkit, Naib Presiden FBT; Encik Thamchai Chokephaibulkit; Pengarah Jualan dan Pemasaran Antarabangsa dan Encik Monchai Chokephaibulkit, Pengarah Urusan FBT. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan menandatangani perjanjian itu bagi pihak MASOC manakala FBT pula diwakili oleh Presidennya, Encik Kamol Chokephaibulkit.

Sebagai penaja Platinum, sumbangan FBT bernilai lebih dari RM7.5 juta dalam bentuk pakaian dan alatan sukan untuk penganjuran KL2017 yang akan digunakan oleh semua yang terlibat di setiap peringkat termasuklah pakaian untuk lebih daripada 20,000 sukarelawan dan kakitangan semasa temasya sukan itu nanti.

“Ini adalah sumbangan terbesar FBT untuk Sukan SEA setakat ini dan saya berasa amat kagum dengan segala persediaan yang sedang dijalankan oleh Kuala Lumpur, terutamanya selepas temasya sukan ini berjaya dianjurkan dengan cekapnya di Singapura. Di pihak kami, FBT akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar untuk kejayaan sukan ini,” kata Pengarah Urusan FBT, Encik Monchai Chokephaibulkit.

FBT terlibat di dalam Sukan SEA sejak tahun 1983 lagi untuk Sukan SEA ke-12 di Singapura, bermula dengan sokongan sebagai penaja kepada kontinjen Thailand serta negara-negara lain yang bertanding kepada penajaan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan ini. Berdasarkan pengalaman unik melebihi 30 tahun penglibatannya dalam semua aspek persediaan sehingga ke pelaksanaan pertandingan, FBT sememangnya berada di dalam kelasnya yang tersendiri dari segi memahami keperluan dan kehendak penganjur acara berprestij ini.

Dalam ucapannya, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan memuji pihak FBT kerana tampil ke hadapan untuk sama-sama menyertai keluarga KL2017 terutamanya dalam mengeratkan semangat ASEAN di antara negara-negara yang mengambil bahagian.

“Waktu Kuala Lumpur 2017 mula dirancang, saya menegaskan bahawa semangat ASEAN perlu menjadi sebahagian penting temasya sukan ini. Selepas mengisytiharkan diri kita sebagai komuniti ASEAN yang bersepadu dan bersatu pada tahun lepas, saya berazam bahawa sukan pertama yang diadakan selepas titik penting ini perlu menjadikan bukan sahaja rakyat Malaysia sebagai sasaran, malah berjaya memenuhi imaginasi kesemua penduduk ASEAN”, kata YB Brig. Jen. Khairy.

“Kami berhasrat untuk mewujudkan pengalaman temasya sukan bertaraf dunia yang boleh diraikan oleh semua. Kami mahu satu temasya sukan yang menjelmakan semangat komuniti ASEAN, dengan tumpuan kepada rakyat dan dianjurkan dengan "Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti".

Beliau juga menegaskan bahawa penajaan daripada syarikat Thailand seperti FBT merupakan satu langkah yang tepat, sejajar dengan temasya sukan ini iaitu Bangkit Bersama, yang diharapkan mampu menjadi aspirasi, mendorong dan membangkit pertalian emosi di kalangan semua peserta dan penonton.

YB Brig. Jen. Khairy turut mengucapkan tahniah di atas keputusan FBT untuk sama-sama melibatkan diri dalam sukan ini. Beliau juga percaya bahawa sebagai satu produk yang telah lama bertapak di pasaran antarabangsa, penajaan FBT untuk Kuala Lumpur 2017 pastinya mampu mengukuhkan kedudukan jenama mereka dengan lebih lagi.

“Ini semestinya merupakan satu peluang keemasan bagi syarikat ini untuk mempromosikan jenamanya kepada lebih 622 juta penduduk di rantau ini yang secara kolektifnya membentuk ekonomi ketiga terbesar di Asia dan yang ketujuh terbesar di dunia”, katanya lagi.

Encik Monchai Chokephaibulkit juga menzahirkan penghargaan beliau kepada MASOC atas peluang yang diberikan kepada FBT untuk menjadi sebahagian daripada temasya yang hebat ini.

“FBT akan memastikan bahawa setiap daripada mereka yang mengambil bahagian akan berasa bangga dengan pakaian yang dipakai mereka nanti. Ia bersesuaian dengan wajah temasya sukan ini yang terdiri daripada pelbagai warna mewakili kepelbagaian penduduk Malaysia. Kami akan lakukan yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini melalui penampilan mereka yang terlibat di dalam temasya sukan ini”, katanya.

Sepanjang sejarah 65 tahun FBT, fokus utama syarikat ini adalah untuk memajukan lagi bidang sukan ini bukan hanya untuk satu negara, malah untuk seluruh rantau. FBT adalah satu jenama ASEAN yang sebenar melalui kehadirannya di kesemua 11 negara yang mengambil bahagian di Sukan SEA. Bagi FBT, temasya Sukan SEA merupakan acara utama dalam kalendar sukan.

Sukan Asia Tenggara ini akan diadakan pada 19hb hingga 31hb Ogos 2017 manakala Sukan Para ASEAN pula pada 17hb hingga 23hb September 2017. MASOC

Isnin, 19 Disember 2016

PENSIJILAN KAYU BALAK MALAYSIA(MTCC) KELANTAN DAN JOHOR DITARIK BALIK


KOTA BHARU: Sijil Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC) telah ditarik balik dari Kelantan dan Johor kerana melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, sijil berkenaan ditarik balik pada 23 November lepas.

Antara pelanggaran syarat ialah penebangan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, selain tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

"Sebab mereka tidak mematuhi syarat-syarat pensijilan dahulu itulah kenapa pensijilan ditarik balik sebab pembalakan tidak dikawal selia dengan baik. Kita ada arahan yang dipersetujui Majlis Tanah Negara, tebang guna kod semua ini dibanci tetapi ini tidak diikut sepenuhnya kaedah pemotongan itu," katanya.

Sijil berkenaan dibuat untuk memastikan kayu balak yang ditebang boleh dieksport dan dijual di negara-negara Eropah dengan harga tinggi.

Namun, selepas penarikan sijil berkenaan, kayu balak dari negeri Kelantan dan Johor hanya boleh di jual di negara seperti China, Korea dan Arab Saudi yang hanya dijadikan untuk kegunaan sebagai kayu dalam pembinaan.

Kata Wan Junaidi lagi, pensijilan itu boleh dikembalikan sekiranya kerajaan negeri mematuhi syarat yang ditetapkan dengan penilaian serta pengauditan dilakukan memenuhi syarat ditetapkan.

Jelasnya, audit dilakukan oleh sebuah firma bebas tempatan bagi melaksanakan pensijilan MTCC.

Ahad, 18 Disember 2016

KERAJAAN KELANTAN PERLU PRIHATIN TERHADAP NASIB KAFA



KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan perlu prihatin terhadap nasib malang menimpa Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dibelenggu masalah kewangan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Pengerusi Umno Kelantan berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri memainkan peranan mereka dalam membantu pasukan itu selepas ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa meletakkan asas yang kukuh terhadap persatuan itu sebelum ini.

"Sekian lama Tan Sri Annuar Musa memimpin Kafa dan beliau dah memainkan peranan dengan cemerlang selama ini. Maka apabila sudah terbina (tapak) dengan begitu baik, sudah tiba masanya kerajaan negeri mengambil alih kerana asasnya sudah ada, amat kukuh sekali.

"Jadi kita rasa amat wajar dan minta kerajaan negeri membantu Kafa dan ini harapan yang rakyat Kelantan nak supaya sukan bola sepak di negeri ini terus berjaya dan tiada pihak lain lebih mampu (memainkan peranan) selain kerajaan negeri sendiri," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kafa memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan dan difahamkan kantung persatuan itu ketika ini hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) untuk musim depan akan dibuat menerusi kongres luar biasa Kafa yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember ini.

Sementara itu Presiden Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan Darul Naim  (Kelate.Net), Mahizi Mahmood berkata kerajaan negeri perlu memperincikan bentuk bantuan yang akan dihulurkan kepada Kafa jika mereka ingin melihat pasukan itu terus beraksi dalam saingan Liga M musim depan.

Beliau turut menaruh harapan terhadap penglibatan tokoh korporat dari negeri ini untuk sama-sama membantu Kafa mengumpulkan dana bagi menyertai saingan Liga M. - Bernama

Sabtu, 17 Disember 2016

KELANTAN AKAN TARIK DIRI DARI SAINGAN LIGA MALAYSIA 2017


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.

Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.

Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal.

"Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

GEMPA BUMI KUAT MAGNITUD 7.9 DIKESAN DI RANTAU NEW IRELAND


Gempa bumi kuat berlaku pada 6.51ptg 17/12/16 di kedudukan 4.6S 153.4Tdengan magnitud 7.9 dan kedalaman 101km dikesan di Rantau New Ireland,P.N.G. 124km Tenggara Kokopo, P.N.G.4004km Tenggara Semporna,Sabah Tiada ancaman tsunami ke atas Malaysia. MetMalaysia.

#MetMalaysia
SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Jumaat, 16 Disember 2016

YANG DI-PERTUAN AGONG SOLAT JUMAAT DI MASJID NEGARA



KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara pada tengahari tadi.


YANG DIPERTUAN AGONG XV HADIR LATIHAN MENEMBAK BERSAMA PDRM


CHERAS: Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V hari ini berkenan mencemar duli beriadah dengan menyertai latihan menembak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini.




Baginda Tuanku telah berkenan menguji kemahiran menembak menggunakan beberapa jenis senjata api dan kemudiannya menunaikan solat maghrib di Masjid Briged Tengah, PGA sebelum berangkat pulang.

PDRM merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku yang telah berbesar hati memilih PDRM sebagai agensi penguatkuasaan utama negara untuk melakukan aktiviti riadah bersama pada hari yang bersejarah ini.

Sumber Facebook PDRM.

PENGGUNAAN NAMA RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV.


PENGGUNAAN NAMA RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV.

Rabu, 14 Disember 2016

ISTIADAT MELAFAZ SUMPAH DI ISTANA NEGARA


KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat tiba serta memeriksa barisan kawalan kehormatan di perkarangan Dataran Parlimen seterusnya berangkat ke istana negara dan berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XV, di Istana Negara.

Selasa, 13 Disember 2016

ISTIADAT KEBERANGKATAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV KE ISTANA NEGARA


KOTA BHARU: Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa ke upacara Istadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di - Pertuan Agong XV di Istana Negara.

Selasa, 29 November 2016

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DIKELUARKAN PADA 9.15 AM 29 NOV 2016



AMARAN HUJAN BERTERUSAN

Dikeluarkan pada : 09:15am pada 29 November 2016

Hujan berterusan yang berlaku di negeri Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi), Pahang (Daerah Maran, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 29 November 2016.

#MetMalaysia

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Ahad, 27 November 2016

The Grand Final Rainforest Challenge 2016


KUANTAN: The Grand Final Rainforest Challenge 2016 adalah merupakan pertandingan cabaran 4x4 bertaraf antarabangsa anjuran RFC International dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang. Tahun 2016 merupakan edisi ke20 dan Negeri Pahang menjadi host5 venue kepada acara yang bermula 26 Nov hingga 5 Disember 2016

RFC adalah suatu acara yang dipelopori oleh En.Luis J.A.Wee yang mula diadakan pada tahun 1997 di Pahang. Kini acara RFC telah berkembang ke 30 negara seluruh dunia

Peserta peserta yang mengambil bahagian dalam RFC adalah dari Negara Rusia, China, India, USA, Australia, New Zealand, Vietnam, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Itali, United Kingdom, Poland, Brazil, Argentina dan Singapura

Acara RFC yang diadakan di negeri Pahang akan bermula dengan pelepasan konvoi peserta sebanyak 80 buah kenderaan 4x4 hari ini di Dataran Kerang, Kuantan.

Untuk turut memeriahkan The Grand Final RFC 2016, turut berlepas bersama sama peserta 4c4 adalah pelumba pelumba bagi kategori Enduro dan Dual Purpose BigBikes

Puji KTV

THE GRAND FINAL.RFC 2016


The Grand Final Rainforest Challenge 2016. Anjuran RFC International Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang sempena Visit Pahang 2017.



#freelancephotographer
#SMNetNews
#RFCInternational
#RainForestChallenge2016
#RFC
#20RFC2016
#RainforestChallenge

Sabtu, 26 November 2016

RAINFOREST CHALLENGE 2016 KUANTAN


KUANTAN: Rainforest Challenge (RFC) 2016 Pelancaran RFC 2016 Di Padang MPK Kuantan, Pahang

#RFC
#20RFC2016
#RainforestChallenge
#PadangMPK
#Kuantan
#Pahang

PELEPASAN KONVOI RFC 2016 DATARAN MERDEKA


KUALA LUMPUR: Pelepasan Konvoi Rainforest Challenge (RFC) 2016 Ke Kuantan, Pahang Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur




#RFC
#RainforestChallenge
#DataranMerdeka
#KualaLumpur
#Kuantan
#Pahang

PENUNGGANG MOTOSIKAL CEDERA AKIBAT TANAH RUNTUH DI SERENDAH


HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal cedera apabila jalan yang dilaluinya di Taman Idaman, Serendah, runtuh awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan dikatakan dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu.

Dia yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, berkata pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

"Maklumat awal menyatakan terdapat seorang mangsa dalam kejadian ini, namun kita tetap menjalankan operasi mencari sekiranya ada lagi mangsa lain.

Operasi turut dibantu anjing pengesan sebelum disahkan tiada mangsa lain terbabit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sehingga jam 4 pagi tadi, tiada mana-mana waris membuat laporan polis mengenai kehilangan ahli keluarga.

"Demi keselamatan, kami turut meminta penduduk dua rumah berhampiran berpindah sementara waktu.

Kajian turut dilakukan bagi mengenalpasti tahap keselamatan tanah di kawasan ini," katanya.

Sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.

Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut meranapkan tujuh unit kedai.

Isnin, 14 November 2016

FENOMENA SUPERMOON DI MALAYSIA


FENOMENA SUPERMOON

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA... JANGAN LUPA MALAM INI 14 NOVEMBER 2016 JAM 7.00 PM - 9.30 PM SATU LAGI FENOMENA CIPTAAN ALLAH AKAN BERLAKU.

 IANYA DIPANGGIL FENOMENA SUPERMOON

SUPERMOON BERLAKU APABILA KEDUDUKAN BULAN BERADA PALING HAMPIR DENGAN BUMI MEMBUATKAN BULAN KELIHATAN BERKALI GANDA LEBIH BESAR DARI KEBIASAANNYA DAN JUGA LEBIH CERAH.

JOM RAMAI 2 KITA SAKSIKAN KEBESARAN ILAHI INI.

INGAT SEKALI ANDA TERLEPAS MELIHATNYA ANDA HANYA PERLU MENAMBAH 18 TAHUN DARI UMUR ANDA SEKARANG JIKA MAHU MELIHAT NYA LAGI.

FENOMENA SUPERMOON DIJANGKA AKAN BERLAKU LAGI 18 TAHUN AKAN DATANG.

SUPERMOON KALI INI ADALAH YG TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA PADA JANGKAAN PARA SAINTIS

** Waktu Cerapan Gerhana Bulan Supermoon 14.11.2016 Malaysia

7.25 Malam (Fasa Pertama): Bulan berada di kedudukan paling dekat dengan bumi

9.54 Malam (Fasa Akhir): Berlaku gerhana bulan penuh

Cara Melihat Supermoon: Guna mata kasar

Lokasi: Seluruh Malaysia

#AllahMahaBesar
#Supermoon
#smnetnews
#Kelantan
#Malaysia