Khamis, 25 Februari 2016

JDT 8 - 1 AYEYAWADY UNITED

Tahniah buat juara bertahan, JDT yang berjaya kutip 3 mata penuh pada aksi sulung Piala AFC 2016 bertemu kelab Myanmar, Ayeyawady Utd







Rabu, 24 Februari 2016

PREVIU PIALA FAM 2016

Saingan liga divisyen tiga kebangsaan, Piala FAM 2016 bakal membuka tirainya pada Ahad ini, 28 Februari 2016 dengan menampilkan empat perlawanan Kumpulan A dan empat perlawanan Kumpulan B.
Sebanyak 17 pasukan menyertai saingan Piala FAM musim ini dengan Kumpulan A menampilkan sembilan pasukan manakala Kumpulan B membariskan lapan pasukan selepas KL TNB Kilat FC menarik diri pada saat akhir.
Bagi Kumpulan A, pasukan yang kempunan naik ke Liga Premier 2016 apabila sekadar muncul naib juara Kumpulan B Liga FAM 2015 di belakang Melaka United iaitu MISC-MIFA kendalian jurulatih Jacob Joseph berdepan ujian sulung menentang Persatuan Bolasepak Ipoh (PB Ipoh) bimbingan jurulatih A Pugelenthi di Stadium Mini Manjung, Perak.
MISC-MIFA menampilkan dua pemain berpengalaman, K Nanthakumar, 39, dan Yosri Derma Raju, 34, serta bekas penyerang muda Real Mulia FC, Ash Hameed, 18, manakala PB Ipoh turut dibarisi bekas penyerang Perak dan Selangor, R Surendren, 34.

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 skala Richter di Tasik Kenyir

Kuala Terengganu: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 skala Richter dilaporkan berlaku di Tasik Kenyir, 16 kilometer barat daya Kuala Berang, 9.25 malam tadi.

Jadual Perlawanan Pasukan MPKB-BRI UBES FC Piala FAM 2016

Jadual Perlawanan Pasukan MPKB-BRI UBES FC Piala FAM 2016

Selasa, 23 Februari 2016

Jadual Perlawanan Liga Premier 2016

Jadual Perlawanan LP3 100Plus Liga Premier 2016 yang dijadualkan pada hari Jumaat, 26 Feb 2016
SUMBER: FMLLP

Isnin, 22 Februari 2016

FAM HANTAR SURAT KEPADA FIFA CALONKAN GOL FAIZ SUBRI

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini telah pun menghantar surat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mencadangkan gol pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dicalonkan untuk Anugerah Puskas 2016.
 Dalam surat berkenaan, FAM mencadangkan kepada FIFA agar gol dijaringkan pemain berusia 29 tahun itu menerusi sepakan percuma unik dari jarak kira-kira 32 meter pada minit ke-62 ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Pulau Pinang bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016 dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah itu.
 FAM turut melampirkan salinan video gol tersebut untuk dinilai oleh FIFA.