Isnin, 16 Mei 2016

BAS DUA TINGKAT TERBAKAR


ALOR GAJAH: Sebuah bas ekspres dua tingkat yang membawa muatan empat motosikal pelbagai jenis terbakar keseluruhan di Kilometer 209.0 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, tadi.


Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, sebuah jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bersama kekuatan 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada jam 7.53 malam.

Ketika kejadian bas yang sedang menghala ke selatan itu turut dinaiki lapan penumpang, bagaimanapun kesemua penumpang terselamat termasuk pemandu bas terbabit.

Difahamkan sebelum bas terbabit terbakar, saksi mendengar beberapa kali letupan kecil sebelum api marak dan menyebabkan bas terbakar dtr 100 peratus.

Selain itu, kebakaran juga menyebabkan kesesakan trafik lebih empat kilometer dan api berjaya dikawal kira-kira jam 9 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan