Ahad, 15 Mei 2016

GRO CUBA BERLAGAK DENGAN POLIS


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 30-an yang ditahan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman mengeluarkan kad perniagaan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dengan harapan kebal dari dikenakan sebarang tindakan undang-undang oleh polis.

Harapannya sama sekali meleset setelah polis tidak mengendahkan langsung 'kad kuasa'nya itu dan wanita terbabit ditahan bersama rakan-rakan GROnya yang lain dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Pudu, ibu kota berkenaan.

Polis berjaya menahan seramai 23 wanita Vietnam dan dua wanita China yang ditugaskan menjadi pelayan kepada pelanggan yang datang berkaraoke di pusat hiburan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan