Khamis, 12 Mei 2016

KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT



KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu, di sini, mengalami banjir kilat.


Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, banjir kilat dilaporkan berlaku pada 7.30 malam.

"Seramai 28 petugas berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Hujan lebat melanda beberapa kawasan antaranya di sekitar Pusat Bandar, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Semantan, Brickfields, Bangsar, Jalan Pahang, Jalan Sentul, Jalan Tun Razak dan di beberapa kawasan lain.

"Sehingga kini tiada kejadian lain seperti pokok tumbang dilaporkan berlaku," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan