Ahad, 15 Mei 2016

MAYAT BAYI PEREMPUAN DITINGGALKAN DI GERAI PISANG GORENG


TANAH MERAH:  Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di sebuah gerai pisang goreng di Kampung Belimbing di sini, hari ini.

Pemilik gerai tersebut, Anisah Awang Senik, 46, menemui mayat bayi yang masih bertali pusat itu yang dibalut dengan sehelai tuala diletakkan di atas meja di gerai berkenaan.

Ketika itu beliau baru tiba untuk memulakan perniagaan pada 10.00 pagi.

Anisah berkata mayat berkenaan yang dipenuhi semut di bahagian kaki dan badan kemudian diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad ketika dihubungi berkata mayat tersebut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan