Jumaat, 6 Mei 2016

NAHAS HELIKOPTER - BOMBA TEMUI MAYAT WANITA



KUCHING: Pasukan Bomba dan Penyelamat sudah menjumpai mayat seorang wanita di kawasan pencarian helikopter yang hilang berhampiran tempat serpihan pesawat itu ditemui, dekat Sungai Batang Lupar, Sebuyau, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Nor Hisham Mohammad.


Beliau berkata mayat itu ditemui 12 tengah hari, sekitar 15km dari jeti Sebuyau.

Mayat itu akan diserahkan kepada polis di jeti Sebuyau, katanya.

Sebuah helikopter yang dinaiki enam orang termasuk seorang timbalan menteri hilang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang semalam dan serpihannya ditemui pagi ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan