Sabtu, 7 Mei 2016

NAHAS HELIKOPTER - MAYAT KEEMPAT DITEMUI



KUCHING: Mayat keempat ditemui dari lokasi nahas helikopter pada petang Sabtu.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat itu, yang mana identitinya masih belum dikenal pasti, pada pukul 3.26 petang.

Mayat tersebut ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dijumpai pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu berkata, mayat berkenaan dibawa ke pusat operasi SAR di Lingga pada pukul 4.30 petang dan akan diterbangkan ke sini sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak.

"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut sekarang. Usaha untuk membawa mayat ke ibu pejabat polis sedang dilakukan sekarang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan