Sabtu, 7 Mei 2016

NAHAS HELIKOPTER - MAYAT KELIMA DITEMUI



KUCHING: Pasukan polis marin menemui satu lagi mayat nahas helikopter terhempas menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui ialah lima.

Berdasarkan maklumat Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat berkenaan ditemui pada pukul 6 petang.

"Mayat dibawa ke jeti dan tiba di PKB Lingga pada pukul 6.50 petang.

"Mangsa dijumpai pada kedudukan 3 kilometer ke hulu Lingga dari PKB Lingga," katanya.

Dengan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi bagi mencari seorang mangsa yang masih hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan