Sabtu, 7 Mei 2016

NAHAS HELIKOPTER - MAYAT KETIGA DITEMUI: TPM



KUCHING: Mayat mangsa ketiga nahas helikopter di Sarawak berjaya ditemui pada pukul 12.05 tengah hari di Lingga.

Penemuan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman Twitternya, sebentar tadi.

Usaha sedang dilakukan untuk menerbangkan mayat mangsa ke Ibu Pejabat Polis Kuching bagi proses bedah siasat di Hospital Kuching.

"Mayat ketiga ditemui di Lingga. Urusan untuk menerbangkan ke IPK Kuching sedang diuruskan. Saya berada di bilik mayat hospital Kuching," tulis Ahmad Zahid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan