Ahad, 8 Mei 2016

NAHAS HELIKOPTER: OPERASI SAR SEORANG LAGI MANGSA DITERUSKAN



SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa nahas helikopter di Batang Lupar, dekat sini diteruskan bermula 8.05 pagi ini.

Pasukan mencari bergerak dari pusat operasi SAR Lingga untuk meronda di sepanjang perairan Batang Lupar.

Seramai 29 anggota bomba, tentera, dan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia menggunakan sembilan bot bagi memulakan pencarian tersebut.

Selain itu, lima penduduk tempatan menggunakan bot sendiri turut membantu operasi pagi ini.

Setakat ini, lima mayat telah dijumpai termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan usaha giat dilakukan untuk mencari juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Helikopter malang itu berlepas dari Betong ke Kuching pada 4.12 petang Khamis lepas sebelum ia hilang daripada radar kira-kira tiga minit kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan