Khamis, 5 Mei 2016

PELAJAR MAUT BEREMBUNG DENGAN KERETA GURU



SUNGAI PETANI : Seorang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 2, maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu oleh guru wanita berusia 33 tahun, di Jalan Sidam Kiri, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian,dtr kira-kira jam 6.45 pagi mangsa Surikyong Kha Chong,18, dari Kampung Olah Sidam Kiri, Padang Serai dalam perjalanan menghala ke Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi oleh mangsa tidak sempat mengelak kereta Toyota Vios yang dipandu seorang guru wanita yang tiba-tiba memasuki laluannya.

Menurutnya, kereta yang pandu oleh guru wanita hamil lapan bulan itu dalam perjalanan dari arah Sungai Petani ke Kulim dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya telah masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan antara kedua-dua kenderaan itu, penunggang motosikal dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di zon merah. Kira-kira jam 9.15 pagi, pelajar terbabit disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital terbabit," katanya.

Justeru beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan