Selasa, 17 Mei 2016

PESAWAT TUDM TERHEMPAS DI PEKAN, DUA JURUTERBANG SELAMAT


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia jenis Aermacchi MB339CM dilaporkan terhempas di Nenasi, Pekan, Pahang sejurus sebelum 1 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu mengalami masalah teknikal ketika menjalani penerbangan latihan pada 12.54 tengah hari.

"Kedua-dua juruterbang pesawat itu dilaporkan selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal," kata kenyataan itu.

TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan untuk mencari punca kemalangan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan