Ahad, 15 Mei 2016

POLIS MARIN RAMPAS ARAK DAN ROKOK SELUDUP


PONTIAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 104,000 kotak rokok putih dan 2,880 botol minuman keras pelbagai jenis yang cuba diseludup masuk ke dalam daerah ini, awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata rampasan itu dilakukan di Pantai Lorong Aman, Api-Api, dekat sini, kira-kira 1.00 pagi.

"Bertindak atas maklumat risikan, pasukan peronda telah menjumpai tiga buah lori di tepi pantai dan sebuah bot pancung di jeti persendirian tanpa pemilik.

"Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai semua barangan seludup yang dipercayai tidak membayar cukai Kastam," ujar beliau.

Kesemua barang kes dan kenderaan yang dianggarkan bernilai RM2,388,608 dirampas untuk dibawa balik ke pangkalan PPM bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

sumber: PDRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan