Rabu, 11 Mei 2016

PRK Kuala Kangsar Cabaran Kepada UMNO



KUALA KANGSAR: Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang akan diadakan tidak lama lagi merupakan cabaran kepada UMNO dalam memastikan kesinambungan kepimpinan parti itu di kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar Mohd Kamil Shafie berkata pihaknya akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam PRK itu dengan memberi tumpuan kepada pencapaian ekonomi, pendidikan, agama serta politik.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawantankuasa UMNO Bahagian di sini hari ini.

PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, 5 Mei lepas.

Turut terkorban Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan kedua-dua PRK itu.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan