Selasa, 3 Mei 2016

SULTAN SELANGOR LAWAT MB KELANTAN


KOTA BHARU – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di JKR 10, di sini.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Baginda tiba jam 2.30 petang dan meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum meninggalkan kediaman tersebut pada jam 3.15 petang.

Awal April lalu, Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains  Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah mengadu kepenatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kelantan.

Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak doktor mengesahkan terdapat pendarahan kecil di kepalanya dan dinasihati melakukan pembedahan.

Selepas berjaya menjalani pembedahan tersebut, beliau kini dinasihatkan untuk rehat secukupnya dan menunggu pemeriksaan susulan. Tugas rasminya kini dipangku Mohd Amar.

SMNETNEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan