Khamis, 5 Mei 2016

WANITA TERTEKAN NEKAD CUBA BUNUH DIRI



KLANG: Seorang wanita berusia 20an yang dipercayai tertekan akibat masalah keluarga bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menoreh pergelangan tangan kiri dan menguncikan diri di dalam bilik. Kejadian berlaku di sebuah kilang di Jalan Haji Salleh, Batu 5 ½, Meru Klang pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Kota Raja, Omar Mohammad berkata, panggilan diterima pada jam 0934 pagi dan kami menggerakkan Fire Rescue Tender bersama 7 pegawai pelbagai pangkat ke lokasi.

Menurut beliau lagi, wanita dtr tersebut bertindak agresif apabila seorang lelaki yang merupakan tunang beliau sampai ke lokasi. Pelbagai kaedah digunakan termasuk pujukan dari ahli keluarga tetapi “ayat power” yang digunakan oleh anggota bertugas berjaya menenangkan mangsa seterusnya menyerah diri.

Mangsa yang luka ditangan kiri dan mengalami pendarahan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.
#JBPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan