Ahad, 19 Jun 2016

BN KEKAL KERUSI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti lebih tinggi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi di Sungar Besar, BN memperoleh 16,800 undi, PAS (6,902 undi) dan Amanah (7,609 undi).

BN memperoleh majoriti 9,191 undi.

Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 399 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN turut mengekalkan kerusi di Kuala Kangsar dengan 12,653 undi, dengan PAS memperoleh 5,684 undi, Amanah (4,883) dan Bebas (54).

BN memperoleh majoriti 6,969 undi.


PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (BN); Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah).

PRK Kuala Kangsar pula empat penjuru antara Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Jumaat, 10 Jun 2016

TEROWONG GENTING SEMPAH HALA TIMUR DITUTUP ISNIN INI


ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) telah mengumumkan Terowong Genting Sempah hala Timur akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 8.00 am 13 Jun (Isnin) sehingga 12.00 am tengah malam 17 Jun (Jumaat).

Penutupan selama lima hari itu ialah untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalanraya di dalam terowong tersebut.

Oleh itu ANIH Berhad akan membuat laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat untuk memberikan laluan kepada pengguna lebuhraya yang menghala ke Kuantan ....Pihak syarikat Anih Berhad mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuhraya.

Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 bagi mengetahui sebarang perkembangan terkini di LPT.

Careta mencadangkan pengguna yang bakal melalui lebuhraya itu pada tarikh-tarikh tersebut supaya menggunakan perisian Waze untuk mencari laluan alternatif atau menelefon pihak ANIH Berhad untuk mengetahui keadaan trafik.

Laluan alternatif yang wujud ialah laluan Gombak – Bentong lama yang sedikit sempit dan tidak digalakkan untuk digunakan sewaktu musim hujan.

Laluan alternatif kedua ialah mengikut laluan Kuala Kelawang dan tembus ke Karak.

Diharapkan agar semua pengguna LPT bersabar kerana kerja pembaikan tersebut ialah sebahagian dari penyelenggaraan berkala dan mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Selasa, 7 Jun 2016

KDYMM SULTAN MUHAMMAD V SOLAT TERAWIH BERSAMA RAKYAT


KUBANG KERIAN: KDYMM Sultan Muhammad V berangkat ke masjid Kg Chicha, Kubang Kerian menunaikan solat Isya dan solat sunat terawih pada malam kedua Ramadhan 1437H.




Sabtu, 4 Jun 2016

MUHAMMAD ALI MENINGGAL DUNIA



ARIZONA, AMERIKA SYARIKAT: Bekas juara tinju kategori heavyweight, Muhammad Ali dilaporkan meninggal dunia, lapor News Strait Times menerusi Twitter sebentar tadi.

Muhamad Ali sebelum ini didakwa dimasukkan ke hospital di Phoenix akibat komplikasi pernafasan, lapor Reuters.com.

Jurucakap Ali, Bob Gunnell berkata, bekas peninju berusia 74 tahun itu dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Peace Walk in Kualalumpur (June 4th)


Malaysian Youths call for Peace in IPYG Peace Walk

Kuala Lumpur, Malaysia – On June 4th, 2016, youths and organizations gathered as messengers of peace at Chinese Assembly Hall to march for the cause of peace from 8 in the morning.
Heavenly Culture, World Peace, Restoration of Light (HWPL) hosted “the 3rd Annual Commemoration of the Declaration of World Peace- Legislate Peace Campaign” to support the Declaration of Peace and Cessation of War and to call for peace with youths and non-governmental organizations in unison.
Organizations such as Malaysian Indian Youth Council, Partners for Peace, BEO along with youths and women marched for peace to Dataran Merdeka. During marching, participants presented the Declaration of Peace and Cessation of War to citizens on the street and gathered their signatures supporting it.
Declaration of Peace and Cessation of War was publicly announced on March 14th, 2016 in front of about a thousand renowned social figures around the world. Signing campaigns for the Declaration are being carried out in 152 countries including Malaysia. It contains Articles for global reduction of war potential, dispute settlement between different religions and ethnicities, freedom of religion, and spreading of a culture of peace.
HWPL is an international peace organization officially registered in the United Nations Department of Public Information (UN DPI) and has been carrying out peace activities such as Peace Forums, Women's Peace Tea Receptions in Kuala Lumpur, Sarawak, Penang, and Johor Bahru.
To join the Legislate Peace Campaign: http://peacelaw.org/site/pledge

   ​
Peace Walk in Kualalumpur (June 4th)
 ​
 
 ​
 

Jumaat, 3 Jun 2016

SAINTIS CALON PAKATAN HARAPAN PRK KUALA KANGSAR


KUALA KANGSAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal menyaksikan satu persaingan menarik apabila Pakatan Harapan mengumumkan bekas saintis nuklear Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon.
Pengumuman calon dibuat oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu, di sini Khamis.

Dalam ucapannya, Dr Ahmad Termizi, 61, berkata beliau berasa terharu dengan kepercayaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan yang memilih dirinya untuk bertanding.

"Ia adalah satu tanggungjawab yang berat tetapi perlu digalas oleh saya dan parti.

"Tiada pilihan, jika tidak negara ini akan bermasalah," katanya yang juga naib ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar.

Beliau akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid dan Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad.

Ahmad Termizi, berasal dar Kampung Suak Perai, Manong di sini, mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam Fizik Perubatan dari University Swansea, Wales.

Beliau, yang merupakan seorang saintis, juga adalah Anggota Jawatankuasa Biro Politik Amanah Perak.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 5 Mei lalu dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Sementara itu, penolong setiausaha Pemuda Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail turut menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Dalam ucapannya sebelum pengumuman itu, Mohamad Sabu berkata, Pakatan Harapan akan berjuang sehingga mereka dapat mengambil alih Putrajaya.

"Apabila Malaysia membuat perubahan, rakyat akan mendapat manfaat," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata calon Amanah secara rasmi akan bertanding di Perak.

"Ia akan menjadi satu pertempuran yang sukar. Tetapi dalam Pakatan Harapan, kami akan berdiri bersama-sama tidak kira betapa sukarnya pertempuran ini," katanya.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa rakyat untuk menyokong calon Amanah untuk mengukuhkan suara Pakatan Harapan.

Khamis, 2 Jun 2016

JENAZAH MENANTU TPM SELAMAT DIKEBUMIKAN


KAJANG: Jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, di sini, kira-kira pukul 10 pagi ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi jenazah di Surau An-Nur, Country Heights, sebelum solat jenazah disempurnakan ratusan jemaah.

AZHAR CALON PAKATAN HARAPAN PRK SUNGAI BESAR



SUNGAI BESAR: Pakatan Harapan meletakkan Ketua Amanah Sungai Besar Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar untuk menentang dua calon lain dari BN dan Pas pada 18 Jun ini.
Azhar,51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru  yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.
Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.
Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.
Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.
Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman  Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.
Esok Pakatan Harapan akan mengumumkan  pengisytiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.
Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.
Barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengisytiharan nama calon yang akan bertanding  bagi kerusi Parlimen  Sungai Besar yang diadakan malam tadi.

Rabu, 1 Jun 2016

POLIS KENAL PASTI DALANG UTAMA TERLIBAT SABOTAJ MYIMMS



PETALING JAYA: Polis telah mengenal pasti dalang utama yang merupakan warga tempatan dan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua individu yang dikenal pasti itu akan ditahan dalam masa terdekat namun tidak mendedahkan jumlah tangkapan yang akan dilakukan.

"Mereka ini merupakan sindiket tempatan yang menjalankan kegiatan sabotaj itu.

Pada mulanya mereka berjaya 'memikat' seorang dua pegawai imigresen untuk terlibat dalam kegiatan ini dan lama-kelamaan menyaksikan lebih ramai lagi pegawai terlibat," katanya dalam sidang media selepas melancarkan penubuhan Polis Bantuan Sime Darby Property.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi yang mengatakan terdapat penglibatan sindiket antarabangsa dalam kegiatan sabotaj itu, Noor Rashid berkata sindiket antarabangsa itu dipercayai bekerjasama dengan sindiket tempatan bagi menjalankan kegiatan berkenaan di dalam negara.

Ditanya sama ada polis akan memohon bantuan polis antarabangsa bagi mengenal pasti sindiket antarabangsa itu, beliau berkata buat masa ini, polis hanya memberi fokus dalam melumpuhkan sindiket tempatan terlebih dahulu.

Semalam, Sakib mendedahkan 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj myIMMs.

Katanya, daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Mengenai pelancaran unit polis bantuan Sime Darby Property, Noor Rashid memuji usaha dan dedikasi syarikat itu dalam meningkatkan keselamatan komuniti yang sejajar dengan Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) yang menekankan keselamatan orang ramai.

"Teras utama kerjasama ini ialah bagaimana Polis Diraja Malaysia membantu syarikat korporat seperti Sime Darby Property meningkatkan kemampuan dan keupayaannya untuk menyumbang kepada keselamatan komuniti dan orang awam, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Jauhari Hamidi pula melihat penubuhan polis bantuan sebagai salah satu daripada pendekatan syarikat untuk mengukuhkan tahap keselamatan pada semua peringkat dan projek bandar baharu Sime Darby di masa hadapan, dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk komuniti.

"Kumpulan pertama terdiri daripada 32 kakitangan, akan dihantar ke beberapa bandar dan projek pembangunan terpilih untuk masa ini dan kami merancang untuk membesarkan lagi unit ini dengan kakitangan terlatih ditempatkan di seluruh bandar dibangunkan kami nanti," katanya.

PAS TIDAK MAHU DIPERGUNAKAN LAGI, CUKUPLAH - NIK ABDUH



KOTA BHARU: Pemuda Pas Malaysia menyarankan pimpinan Pas mengkaji balik agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti PAS itu dalam PRU ke 14.

Ketua pemuda, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas perlu mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) dalam PRU13 yang lalu.

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita 'dipergunakan' oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.

"Sekiranya pimpinan ambil langkah yang berani bertanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dalam PRU13 lepas, Pemuda Pas ikrar dan janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak kepada PAS," katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas di Kelantan Trade Centre, di sini, hari ini.