Rabu, 1 Jun 2016

PAS TIDAK MAHU DIPERGUNAKAN LAGI, CUKUPLAH - NIK ABDUH



KOTA BHARU: Pemuda Pas Malaysia menyarankan pimpinan Pas mengkaji balik agihan kerusi Dun dan Parlimen yang bakal ditandingi parti PAS itu dalam PRU ke 14.

Ketua pemuda, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas perlu mengambil kembali kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) dalam PRU13 yang lalu.

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita 'dipergunakan' oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.

"Sekiranya pimpinan ambil langkah yang berani bertanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dalam PRU13 lepas, Pemuda Pas ikrar dan janji untuk ambil seribu satu langkah pastikan kemenangan berpihak kepada PAS," katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas di Kelantan Trade Centre, di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan