Sabtu, 30 Julai 2016

PIALA MALAYSIA 2016 - KELANTAN RAIH TIGA MATA LAWAN KL


TM Piala Malaysia 2016 Aksi separuh masa pertama, Kelantan bertemu Kuala Lumpur dengan keputusan terkini 0 - 0 di Stadium Sultan Muhammad IV.



Foto by Zam Zamani / SMNet News

Khamis, 28 Julai 2016

CUB PRIX - JURUTERA TERLATIH DENGAN IMAGE MUSLIMAT BERGELAR JUARA


KUALA LUMPUR: Jurutera terlatih dengan image muslimah yang kini bergelar juara perlumbaan, Siti Fatimah Husna, menganggap dua adik beradik lelakinya sebagai pengkritik tetap disebalik kejayaannya dalam bidang permotoran.

"Dua daripada adik beradik lelaki saya juga terlibat dengan aktiviti ini dan saya belajar daripada mereka. Beliau kini berlumba dibawah team Petronas CKJ dalam kategori cp 115.

"Sudah tentu sangat sukar untuk memuaskan hati mereka. Walaupun saya menang, mereka tetap akan meminta saya berusaha lebih lagi dan memberitahu saya boleh buat lebih daripada itu," ujarnya.

#CubPrix23

Rabu, 27 Julai 2016

LIGA SUPER 2016 - KEDUDUKAN TERKINI 26 JULAI 2016



Kedudukan Terkini 26 Julai 2016

Kelantan Tangga ke 5 Liga

#LigaSuper2016
#Kelantan
#smnetnews

Ahad, 17 Julai 2016

Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 GP Jerman



PELUMBA Moto3 Honda Malaysia, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencatat sejarah apabila muncul juara perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman.

Khairul Idham yang bermula di petak ke-20 , dilaporkan berjaya mendominasi perlumbaan di atas trek basah itu hingga berjaya mengatasi Andrea Locatelli dan Enea Bastianini.


Kejayaan Khairul Idham Pawi sangat membanggakan apabila turut menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di litar berkenaan.

Ini merupakan  kejuaraan kedua buat Khairul Idham yang sebelum ini unggul di Grand Prix Argentina, April lalu.

Khairul Idham dalam kenyataannya berkata, beliau bersyukur dengan kejayaannya buat kali kedua.

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak 'drama' saya alami dan saya terselamat dari terjatuh," kata Khairul Idham sejurus tamat perlumbaan.