Ahad, 17 Julai 2016

Khairul Idham Pawi juarai perlumbaan Moto3 GP Jerman



PELUMBA Moto3 Honda Malaysia, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencatat sejarah apabila muncul juara perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman.

Khairul Idham yang bermula di petak ke-20 , dilaporkan berjaya mendominasi perlumbaan di atas trek basah itu hingga berjaya mengatasi Andrea Locatelli dan Enea Bastianini.


Kejayaan Khairul Idham Pawi sangat membanggakan apabila turut menyaksikan lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di litar berkenaan.

Ini merupakan  kejuaraan kedua buat Khairul Idham yang sebelum ini unggul di Grand Prix Argentina, April lalu.

Khairul Idham dalam kenyataannya berkata, beliau bersyukur dengan kejayaannya buat kali kedua.

"Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak 'drama' saya alami dan saya terselamat dari terjatuh," kata Khairul Idham sejurus tamat perlumbaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan