Rabu, 31 Ogos 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 59


SMNET News merakamkan  Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 59 bagi tahun 2016.
  Moga dengan bertambahnya  usia kemerdekaan, akan mematangkan rakyat Malaysia untuk membina kehidupan dengan lebih harmoni, aman dan damai.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

#Merdeka59
#HariKebangsaan2016
#SehatiSejiwa
#MerdekaMerdekaMerdeka

Isnin, 29 Ogos 2016

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT



KUALA KRAI - Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Bukit Ah Kim, petang tadi.


Mangsa,Nik Mohd Hafif Abdul Malik, 31,meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu kereta serta dua penumpang cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, panggilan kecemasan diterima daripada orang awam memaklumkan kejadian kira-kira jam 6.21 petang.

Ahad, 28 Ogos 2016

PIALA MALAYSIA 2016 KELANTAN VS PDRM | 28 OGOS


TM PIALA MALAYSIA 2016

Suku Akhir Pertama

KELANTAN vs PDRM
28 Ogos 2016 Ahad
9.00 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

*Tiada Siaran Langsung

#TMPialaMalaysia2016
#PialaMalaysia2016
#SukuAkhir
#KELvsPDRM

Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Pada 04:14pm 28 Ogos 2016


Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 04:14pm pada 28 Ogos 2016

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir berserta angin kencang di negeri Johor (Daerah Kota Tinggi), Pahang (Daerah Rompin dan Pekan), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli) dan Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Kinabatangan dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Ahad 28 Ogos 2016.

#MetMalaysia

SUMBER:MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Rabu, 24 Ogos 2016

LIGA SUPER 2016 | KELANTAN LAWAN KEDAH 24 OGOS


Liga Super 2016

Perlawanan Liga Super Ke 19

KELANTAN vs KEDAH
24 Ogos 2016 - Rabu
9.00 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

*Tiket akan mula dijual seawal jam 10.00 pagi di kaunter tiket Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
*Tiket-tiket berharga adalah seperti berikut:

*Astaka 2 :- Rm21.00
*Terbuka  :- Rm16..00
*Kanak2   :- Rm6.00
*(sumber fb TRWFC)

 Siaran Langsung TV3

#LigaSuper2016
#GomoKelateGomo
#KELANTANvsKEDAH
#smnetnews

GEMPA BUMI KUAT MAGNITUD 6.8 DIKESAN DI MYANMAR


Gempa Bumi Kuat berlaku pada 24/8/16 6.34 ptg di kedudukan 20.84U 94.62T dengan magnitud 6.8 dan kedalaman 86km dikesan di Myanmar.1687km Barat Laut Padang Besar, Perlis. Tiada ancaman tsunami. MetMalaysia.

#MetMalaysia
#GempaBumi

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Pada 5:40pm 24 Ogos 2016


Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 05:40pm pada 24 Ogos 2016

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun) dan Sarawak : Bahagian Bintulu, Mukah (Daerah Mukah), Samarahan, Serian dan Kuching (Daerah Kuching) dijangka berterusan sehingga awal malam, Rabu 24 Ogos 2016.

#MetMalaysia
#RibutPetir

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Selasa, 23 Ogos 2016

NEGARA MUNGKIN TERIMA 20 PERATUS LEBIHAN HUJAN - PAKAR



KUALA LUMPUR -- Malaysia mungkin menerima sekitar 20 peratus lebihan hujan pada musim Monsun Timur Laut akan datang yang mengakibatkan banjir, kata seorang pakar klimatologi.

Naib Presiden Jawatankuasa Saintifik Penyelidikan Antartika (SCAR) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata lebihan hujan yang terhasil adalah kesan daripada fenomena La Nina.

-- Bernama

Sabtu, 20 Ogos 2016

RIO 2016 | PERAK UNTUK CHONG WEI


RIO 2016: Tahniah Buat Wira Negara Malaysia Dato’ Lee Chong Wei Kerana Telah Memenangi Pingat Perak Dalam Acara Badminton Perseorangan Lelaki Akhir.

Pingat Perak Untuk Dato' Lee Chong Wei selepas tewas kepada Chen Long (China) 21-18, 21-18.

#Rio2016
#MalaysiaBoleh
#TeamMalaysia
#Badminton

CUB PRIX 2016 ROUND 6 - WIRA AKHIR


Cub Prix Pusingan 6
Bandar Baru Kijal, Terengganu.
19 - 20hb Ogos









#CubPrix23

CUB PRIX 2016 ROUND 6 - SUPER POL CP130


Super Pol CP130 Petronas Cub Prix Round 6, Bandar Baru Kijal, Kemaman.





#CubPrix23
#Raund6
#CP130
#CubPrixKemaman

SENARAI KUTIPAN PINGAT MALAYSIA RIO 2016 - 19 OGOS


Senarai Kutipan Pingat Malaysia Olimpik Rio 2016

Senarai pingat yang diraih Malaysia di Olimpik Rio 2016 setakat ini adalah seperti berikut:

EMAS: 0 pingat

PERAK: 3 pingat

Diraih oleh pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoongdalam acara Terjun Women's Synchronized 10 Meter Platform.

Pasangan Chan Peng Soon danGoh Liu Ying dalam acara Badminton Beregu Campuran.

Pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam acara Badminton Beregu Lelaki.

GANGSA: 1 pingat

Diraih oleh Azizulhasni Awangdalam acara Berbasikal Keirin Lelaki.

Selamat maju jaya untuk kontinjen Malaysia. Malaysia Boleh!

#Rio2016
#Olympics
#MalaysiaBoleh
#TeamMalaysia

TAHNIAH BUAT BEREGU BADMINTON LELAKI


RIO 2016: Tahniah buat pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem & Tan Wee Kiong telah mempamerkan aksi terbaik dan memenangi pingat perak dalam acara Badminton beregu lelaki akhir sebentar tadi. Teruskan perjuangan di masa akan datang.

#Rio2016
#Olympics
#MalaysiaBoleh
#TeamMalaysia
#Badminton

Jumaat, 19 Ogos 2016

RIO 2016 - LEE CHONG WEI MARA KE AKHIR


Olimpik Rio 2016: Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir badminton perseorangan lelaki bila menundukkan jaguh badminton China, Lin Dan dengan 21-15, 21-11 & 22-20.
#PingatEmas
#MalaysiaBoleh
#OlimpikRio2016

CUB PRIX PUSINGAN 6 - FREE PRACTICE


Cub Prix Pusingan 6
Free Practice
Bandar Baru Kijal, Terengganu.
19 - 20hb Ogos
Masuk Percuma
#CubPrix23



JOM KE CUB PRIX PUSINGAN 6


Jom Ke Cub Prix Pusingan 6
Bandar Baru Kijal, Terengganu.
19 - 20hb Ogos
Masuk Percuma

#CubPrix23





Rabu, 17 Ogos 2016

RIO2016 - AZIZUL HASNI MEMENANGI GANGSA ACARA KEIRIN


Rio2016: Tahniah Azizul Hasni Awang@The Pocket Rocket Man Malaysia, kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi pingat Gangsa di Olimpik Rio 2016.
Pingat sulung dari acara berbasikal di Sukan Olimpik.. Terbukti Azizul adalah Keirin Cycler No 1 Terbaik di ASIA, dan No 3 Terbaik di Dunia

#Rio2016
#Olympics
#MalaysiaBoleh
#ThePocketRocketManMalaysia
#smnetnews

Selasa, 16 Ogos 2016

RIO2016 - LAGI BEREGU BADMINTON NEGARA MARA KE AKHIR


Olimpik Rio 2016: Satu lagi beregu Malaysia, Tan Wee Kiong/Goh V Shem mara ke pusingan akhir bila menundukkan beregu dari China, Hong Wei/Chai Biao, 21-18,12-21 & 21-17.

RIO2016 : BEREGU CAMPURAN MALAYSIA CIPTA SEJARAH MARA KE AKHIR


RIO,BRAZIL: Sejarah tercipta apabila Malaysia mara ke pusingan akhir acara badminton beregu campuran.

Beregu Malaysia berjaya menundukkan pasangan dari China, dengan keputusan 21-12, 21-19.


Tahniah buat pasangan beregu campuran negara menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik buat kali pertama.

Chan Peng Soon / Goh Liu Ying mara selepas menewaskan pasangan China, Xu Chen / Ma Jin dari China .

SMNETNEWS

#MalaysianBoleh
#Rio2016
#Olympics

Khamis, 11 Ogos 2016

KEDUDUKAN RASMI PIALA MALAYSIA 2016 SELEPAS 4 PERLAWANAN


Kedudukan Rasmi TM Piala Malaysia 2016 Selepas Empat Perlawanan

Kelantan Tempat Pertama Dalam Kumpulan B Memungut 10 Mata, 3 Menang 1 Seri

Kelantan Layak Ke Suku Akhir TM Piala Malaysia 2016

#TMPialaMalaysia2016
#GomoKelateGomo
#Kelantan
#Smnetnews

info grafik: FMLLP

EKSPO KALA 2016 DI KOTA BHARU


EKSPO KALA 2016
Sempena Hari Saidatina Khadijah

Tarikh: 12 - 16 Ogos 2016
Masa:  9.00 Pagi hingga 10.00 Malam
Tempat: Dewan Jubli Perak MPKB-BRI

MASUK PERCUMA



#EkspoKala2016
#HariSaidatinaKhadijah
#KotaBharu
#Kelantan

Rabu, 10 Ogos 2016

PENERJUN NEGARA KONGSI GANJARAN RM600,000 & PENCEN BULAN RM3,000 SEORANG


KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran di atas kejayaan mereka di Sukan Olimpik Rio 2016.

Mereka menerima ganjaran itu di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, pingat perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 sementara gangsa, RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pandelela dan Jun Hoong meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio selepas mengumpul mata 344.34 mata di belakang emas dari China manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.

Ganjaran berbentuk insentif wang itu adalah sebagai pemangkin semangat dan dorongan buat atlit negara yang menggalas tugas besar di kejohanan sukan terbesar dunia itu.

OLIMPIK RIO - BAS MEDIA DITEMBAK


RIO-BRAZIL: Sebuah bas media ditembak ketika dalam perjalanan di sekitar lokasi Sukan Olimpik 2016 di sini, semalam.

Bas itu dikhabarkan melakukan perjalanan antara zon Deodoro dan Olympic Park kira-kira pukul 7.30 malam waktu tempatan.


Press Association Sport menulis di Twitter bahawa dua dari tingkap bas tersebut hancur akibat penembakan tersebut.

Sebelum ini, polis Rio juga melepaskan gas pemedih mata pada segelintir perusuh di Pantai Copacabana yang popular.

Masalah keselamatan yang telah melanda Sukan Olimpik Rio akan tetapi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata pihaknya tidak menyesal membawa Olimpik ke Amerika Selatan untuk kali pertama di benua itu.

Sementara itu, polis Brazil belum memberi tindak balas kepada insiden penembakan baru-baru ini.

AMARAN RIBUT PETIR - DIKELUARKAN PADA 07:29PM 10 OGOS 2016


Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 07:29pm pada 10 Ogos 2016

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Pahang (Daerah Lipis dan Jerantut), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang dan ) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dijangka berterusan sehingga awal malam, Rabu 10 Ogos 2016.

Sumber: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

AMARAN RIBUT PETIR - DIKELUARKAN PADA 05:25PM 10 OGOS 2016


Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 05:25pm pada 10 Ogos 2016

KEMASKINI AMARAN :
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Hulu Perak, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis dan Raub) dan Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Jeli, Lojing dan Gua Musang) dijangka berterusan sehingga awal malam, Rabu 10 Ogos 2016.

sumber: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

PERAGUT MAUT DILANGGAR KERETA MANGSA


PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai baru menyamun maut selepas dilanggar kereta ketika cuba melarikan diri..

Ironinya, suspek dilanggar kereta yang dipandu oleh mangsa samunnya di jalan Penang, Georgetown, Pulau Pinang. Kejadian berlaku kira kira jam 2.30 pagi.

Suspek berusia 42 tahun yang menunggang motosikal dipercayai menyamun pemandu kereta terbabit di lebuh farquhar, george town .

Pemandu kereta itu kemudian mengejar suspek sejauh dtr kira-kira satu kilometer dan melanggarnya.

Suspek maut ditempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan.

Ketua polis daerah timur laut, ACP mior faridalathrash wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat dihantar ke hospital pulau pinang untuk bedah siasat.