Ahad, 7 Ogos 2016

DUA RENTUNG KEMALANGAN DENGAN BAS EKSPRES


RAWANG: Dua orang rentung dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan kereta di Kilometer 447.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh, 8.23 malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang rentung itu adalah penumpang di dalam kereta.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila bas membawa 27 penumpang berkenaan melanggar kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata 14 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat.

Terdapat dua mangsa rentung namun identiti mereka belum dikenal pasti. Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang rentung," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan