Rabu, 10 Ogos 2016

KELANTAN LAYAK KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2016



Kelantan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2016 walaupun masih berbaki 2 perlawanan dalam kumpulan.

Kejayaan ini kerana kemenangan Kelantan keatas Kuala Lumpur dalam saingan kumpulan B di Stadium Selayang malam tadi.

Kelantan sudah memungut 10 mata dalam saingan kumpulan selepas 4 perlawanan menyaksikan dua pasukan terbawah iaitu Kuala Lumpur dan Pahang tidak lagi mampu mengejar mereka.

Kelantan seharusnya berterima kasih dengan jaringan Ketua Pasukan, Badri Radzi pada minit ke-62 seterusnya mengesahkan tempat mereka di saingan lapan terbaik.

Gol terhasil selepas pemain import dari Perancis, Morgaro Gomis yang mendapat hantaran dari kawasan bawah melepasi kawalan pertahanan Kuala Lumpur seterusnya melakukan satu lorongan cantik buat Badri Radzi untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Jaringan tersebut ternyata sudah cukup buat anak didik Velizar Popov mencapai sasaran awal mereka untuk mara ke peringkat kalah mati.

SMNETNEWS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan