Rabu, 10 Ogos 2016

MALAYSIA RAIH PINGAT PERTAMA SUKAN OLIMPIK RIO


Malaysia merangkul pingat pertama dalam Sukan Olimpik Rio apabila gandingan penerjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun
Hoong menang pingat perak di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio De Janeiro Selasa.

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan