Ahad, 7 Ogos 2016

MB KELANTAN RASMI KILANG SAWIT BERNILAI RM44 JUTA


JELI: Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Kilang Sawit Tapis di Jerimbong Kuala Balah, Jeli pada pagi tadi. Kilang Sawit Tapis adalah sebuah projek terkini kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB ) yang dimiliki oleh anak syarikatnya iaitu Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.

Kilang ini telah dibangunkan dengan kos pembinaan bernilai RM44.66 juta di dalam kawasan seluas 54 hektar di Ladang Tapis Mukim Bunga Tanjong Jajahan Jeli. Ianya dibina dengan teknologi terkini yang dikenali dengan system “Continuous Sterilization” dibina secara turnkey dengan pihak Modipalm Engineering Sdn Bhd dan perunding oleh Allied Enginering Sdn Bhd.

Dengan adanya kilang ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dimana seramai 43 orang pekerja dalam pelbagai bidang telahpun diambil bertugas sehingga kini. Manakala tambahan pekerja diperlukan dengan tambahan kapasiti secara berperingkat dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan