Rabu, 10 Ogos 2016

OLIMPIK RIO - BAS MEDIA DITEMBAK


RIO-BRAZIL: Sebuah bas media ditembak ketika dalam perjalanan di sekitar lokasi Sukan Olimpik 2016 di sini, semalam.

Bas itu dikhabarkan melakukan perjalanan antara zon Deodoro dan Olympic Park kira-kira pukul 7.30 malam waktu tempatan.


Press Association Sport menulis di Twitter bahawa dua dari tingkap bas tersebut hancur akibat penembakan tersebut.

Sebelum ini, polis Rio juga melepaskan gas pemedih mata pada segelintir perusuh di Pantai Copacabana yang popular.

Masalah keselamatan yang telah melanda Sukan Olimpik Rio akan tetapi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata pihaknya tidak menyesal membawa Olimpik ke Amerika Selatan untuk kali pertama di benua itu.

Sementara itu, polis Brazil belum memberi tindak balas kepada insiden penembakan baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan