Rabu, 10 Ogos 2016

PENERJUN NEGARA KONGSI GANJARAN RM600,000 & PENCEN BULAN RM3,000 SEORANG


KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran di atas kejayaan mereka di Sukan Olimpik Rio 2016.

Mereka menerima ganjaran itu di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, pingat perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 sementara gangsa, RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pandelela dan Jun Hoong meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio selepas mengumpul mata 344.34 mata di belakang emas dari China manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.

Ganjaran berbentuk insentif wang itu adalah sebagai pemangkin semangat dan dorongan buat atlit negara yang menggalas tugas besar di kejohanan sukan terbesar dunia itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan