Rabu, 10 Ogos 2016

PERAGUT MAUT DILANGGAR KERETA MANGSA


PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai baru menyamun maut selepas dilanggar kereta ketika cuba melarikan diri..

Ironinya, suspek dilanggar kereta yang dipandu oleh mangsa samunnya di jalan Penang, Georgetown, Pulau Pinang. Kejadian berlaku kira kira jam 2.30 pagi.

Suspek berusia 42 tahun yang menunggang motosikal dipercayai menyamun pemandu kereta terbabit di lebuh farquhar, george town .

Pemandu kereta itu kemudian mengejar suspek sejauh dtr kira-kira satu kilometer dan melanggarnya.

Suspek maut ditempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan.

Ketua polis daerah timur laut, ACP mior faridalathrash wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat dihantar ke hospital pulau pinang untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan