Jumaat, 28 Oktober 2016

LET'S GO WITH ME 2016


Walkaton D'Raja Kelantan "LET'S GO WITH ME 2016" dirasmikan oleh KDYMM Sultan Muhammad V di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV.


#SultanMuhammadV
#LetSGoWithMe2016

Selasa, 25 Oktober 2016

WAD ICU HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERBAKAR


JOHOR BAHRU: Pelawat dan pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, panik apabila sebuah wad kecemasan di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, semua penghuni bangunan itu diarahkan keluar dari bangunan untuk di bawa ke lokasi selamat di sekitar bangunan terbabit.

Difahamkan kejadian berkenaan disedari kakitangan hospital sebelum tindakan pantas dilakukan untuk menyelamatkan pesakit ditempatkan di wad itu dengan bantuan kakitangan di bangunan itu.


Sehinggga jam 10.20 pagi ini, anggota bomba dan penyelamat sedang memadamkan kebakaran, selain terdapat anggota membantu memecahkan cermin bagi memudahkan operasi memadam api.

Sementara itu tinjauan mendapati, perkarangan hospital dipenuhi pesakit, selain dipantau jururawat dan doktor hospital itu.

Keadaan bagaimanapun dilihat terkawal dengan petugas hospital sibuk menguruskan pesakit masing-masing sehinggga keadaan pulih seperti sedia kala.

Khamis, 20 Oktober 2016

JELAJAH MALAYSIA 2016


Jelajah Malaysia 2016: Perlumbaan akan diadakan bermula 18 sehingga 22 Oktober ini melibatkan lima peringkat yang jaraknya berjumlah 756.9 km. Peringkat pertama akan bermula di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2016 dan akan berakhir pada penghujung peringkat kelima di Kuala Terengganu pada 22 Oktober 2016.
Sehubungan itu, adalah dipohon kerjasama daripada orang ramai untuk memberikan laluan kepada petugas-petugas PDRM serta pelumba-pelumba bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang Jelajah Malaysia 2016 berlangsung.

SUMBER: PDRM

AMARAN RIBUT PETIR DIKELUARKAN PADA 4:50PM 20 OKTOBER 2016

Amaran Ribut Petir


Dikeluarkan pada : 04:50pm pada 20 Oktober 2016

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Langkawi), Johor (Daerah Segamat, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Pahang (Daerah Rompin), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat (Daerah Kota Marudu dan Pitas), Sandakan (Daerah Beluran dan Sandakan) dan WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang, Miri, Kapit, Bintulu, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis 20 Oktober 2016.

#METMALAYSIA
SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

LET'S GO WITH ME 2016


WALKATON D'RAJA KELANTAN akan berlangsung pada 28hb OKT 2016 (JUMAAT) pada jam 09.30 malam bertempat di Jalan Bayam Hadapan Bangunan KTC bersebelahan STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV. Jarak perjalanan adalah sejauh 7 KM. Tagline pada tahun ini telah ditukar kepada "LET'S GO WITH ME" dimana cetusan daripada idea asal KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V sendiri.

Jumaat, 14 Oktober 2016

SULTAN MUHAMMAD V YANG DI-PERTUAN AGONG XV


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong XV mulai 13 Dis 2016 untuk tempoh lima tahun manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Dis 2016 untuk tempoh lima tahun

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk negeri ini.

Khamis, 6 Oktober 2016

SERANTAU MUSLIM AKAN SERAH MEMORANDUM KEPADA PBB ESOK



SERAHAN MEMORANDUM KEPADA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) MALAYSIA BERHUBUNG PENAHANAN PESERTA MISI WOMEN'S BOAT TO GAZA

Tarikh : 7 OKTOBER 2016 / 6 Muharam 1438H (ESOK) JUMAAT
Masa : 11.30 PAGI
Tempat : Wisma UN, Block C Kompleks Pejabat Damansara Jalan Dungun, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur MALAYSIA.

Untuk makluman, serahan memorandum ini adalah gabungan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Prihatin Insan (YPI) dan banyak lagi.

Serahan memorandum itu akan diketuai oleh Pengerusi Serantau Muslim, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

WARGA EMAS MAUT RUMAH DIREMPUH KERETA


 BUTTERWORTH: Seorang lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya, maut apabila sebuah pacuan empat roda merempuh kediaman lelaki itu di Permatang Pasir di sini, Rabu malam.

Ketika kejadian pada 10.45 malam itu, Mat Rasid Mat Sharif, 67, tidur di sofa di ruang tamu tingkat bawah, rumah dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, rempuhan kereta jenis Suzuki yang dipercayai dipandu laju itu menyebabkan dinding batu bahagian bawah rumah berkenaan runtuh dan menghempap lelaki yang sedang tidur itu.

“Kereta dipandu lelaki berusia 53 tahun itu dilapor melanggar sebuah kereta lain sebelum merempuh rumah berkenaan,” katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata, Mat Rasid yang masih bujang itu tinggal dengan beberapa anggota keluarganya di rumah berkenaan.

Mayat Mat Rasid dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis telah mengambil keterangan serta sampel darah pemandu kereta terbabit bagi membantu siasatan. –

Rabu, 5 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA SPRM RAMPASAN WANG TUNAI RM53 JUTA


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
SPRM TAHAN 4 INDIVIDU TERMASUK DUA PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH, RAMPAS WANG TUNAI RM53 JUTA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya membongkar satu kegiatan rasuah melibatkan penjawat awam dengan rampasan wang tunai terbesar di negara ini sejak penubuhan agensi pencegahan rasuah itu 49 tahun lalu.

Semalam, SPRM telah menahan dua penjawat awam yang memegang jawatan Pengarah (J54) dan Timbalan Pengarah (J52) sebuah agensi kerajaan kira-kira pukul 9.15 pagi di pejabat masing-masing di Kota Kinabalu, Sabah.

Kedua-duanya yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu dipercayai telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Hasil siasatan, SPRM telah merampas wang tunai lebih kurang RM53 juta daripada kedua-dua suspek tersebut.

Ia melibatkan wang berjumlah RM45 juta daripada pengarah terbabit manakala RM 7.2 juta daripada timbalan pengarah tersebut.

Kesemua rampasan itu dibuat di pejabat dan rumah masing-masing.

Susulan penahanan tersebut, SPRM turut menahan dua lagi individu termasuk adik kepada timbalan pengarah terbabit yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 55 tahun.

Seorang lagi suspek merupakan akauntan yang bekerja di syarikat Datuk tersebut iaitu lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai berperanan membantu untuk menyelenggara duit yang diperoleh secara rasuah.

Selain wang tunai itu, SPRM juga telah menyita beberapa akaun milik Pengarah, Timbalan Pengarah dan Datuk tersebut yang dianggarkan lebih kurang RM62 juta.

SPRM juga mempercayai mereka memiliki wang di beberapa buah bank di luar negara.

Selain itu, SPRM turut membuka satu daripada enam peti simpanan milik timbalan pengarah tersebut di beberapa bank yang mengandungi wang tunai RM2.5 juta. Selebihnya akan dibuka dengan bantuan bank dalam masa terdekat.

SPRM juga telah mengenalpasti beberapa orang lagi individu yang dipercayai bersubahat dengan kesemua suspek dan akan memanggil mereka untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.

Tindakan proaktif ini adalah selaras dengan amaran Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mahu semua yang terlibat dalam rasuah terutamanya penjawat awam supaya menghentikan aktiviti-aktiviti haram mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan rasuah.

Dalam pada itu, SPRM turut merampas 127 geran tanah, sembilan buah kenderaan mewah iaitu Range Rover, Audi, BMW, Ford Ranger, Mercedes Benz, Mazda, BMW, Lexus, Volvo, jam tangan berjenama, barang-barang kemas serta 94 beg tangan berjenama mewah milik isteri-isteri suspek.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari.

DATO' AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
KOTA KINABALU, SABAH

5 OKTOBER 2016

BUSAN, KOREA DILANDA TSUNAMI AKIBAT TAUFAN CHABA



Berita terkini Busan Korea dilanda Tsunami pada 5 Oktober 2016. Tsunami besar dan banjir telah melanda Busan pada ketika ini. Difahamkan, Tsunami tersebut bukan berpunca daripada letusan gempa bumi namun terjadi akibat taufan Chaba. Berikut adalah gambar suasana Busan dilanda Tsunami pada ketika ini.