Selasa, 25 Oktober 2016

WAD ICU HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERBAKAR


JOHOR BAHRU: Pelawat dan pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, panik apabila sebuah wad kecemasan di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, semua penghuni bangunan itu diarahkan keluar dari bangunan untuk di bawa ke lokasi selamat di sekitar bangunan terbabit.

Difahamkan kejadian berkenaan disedari kakitangan hospital sebelum tindakan pantas dilakukan untuk menyelamatkan pesakit ditempatkan di wad itu dengan bantuan kakitangan di bangunan itu.


Sehinggga jam 10.20 pagi ini, anggota bomba dan penyelamat sedang memadamkan kebakaran, selain terdapat anggota membantu memecahkan cermin bagi memudahkan operasi memadam api.

Sementara itu tinjauan mendapati, perkarangan hospital dipenuhi pesakit, selain dipantau jururawat dan doktor hospital itu.

Keadaan bagaimanapun dilihat terkawal dengan petugas hospital sibuk menguruskan pesakit masing-masing sehinggga keadaan pulih seperti sedia kala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan