Selasa, 29 November 2016

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DIKELUARKAN PADA 9.15 AM 29 NOV 2016



AMARAN HUJAN BERTERUSAN

Dikeluarkan pada : 09:15am pada 29 November 2016

Hujan berterusan yang berlaku di negeri Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi), Pahang (Daerah Maran, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa 29 November 2016.

#MetMalaysia

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Ahad, 27 November 2016

The Grand Final Rainforest Challenge 2016


KUANTAN: The Grand Final Rainforest Challenge 2016 adalah merupakan pertandingan cabaran 4x4 bertaraf antarabangsa anjuran RFC International dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang. Tahun 2016 merupakan edisi ke20 dan Negeri Pahang menjadi host5 venue kepada acara yang bermula 26 Nov hingga 5 Disember 2016

RFC adalah suatu acara yang dipelopori oleh En.Luis J.A.Wee yang mula diadakan pada tahun 1997 di Pahang. Kini acara RFC telah berkembang ke 30 negara seluruh dunia

Peserta peserta yang mengambil bahagian dalam RFC adalah dari Negara Rusia, China, India, USA, Australia, New Zealand, Vietnam, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Itali, United Kingdom, Poland, Brazil, Argentina dan Singapura

Acara RFC yang diadakan di negeri Pahang akan bermula dengan pelepasan konvoi peserta sebanyak 80 buah kenderaan 4x4 hari ini di Dataran Kerang, Kuantan.

Untuk turut memeriahkan The Grand Final RFC 2016, turut berlepas bersama sama peserta 4c4 adalah pelumba pelumba bagi kategori Enduro dan Dual Purpose BigBikes

Puji KTV

THE GRAND FINAL.RFC 2016


The Grand Final Rainforest Challenge 2016. Anjuran RFC International Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang sempena Visit Pahang 2017.



#freelancephotographer
#SMNetNews
#RFCInternational
#RainForestChallenge2016
#RFC
#20RFC2016
#RainforestChallenge

Sabtu, 26 November 2016

RAINFOREST CHALLENGE 2016 KUANTAN


KUANTAN: Rainforest Challenge (RFC) 2016 Pelancaran RFC 2016 Di Padang MPK Kuantan, Pahang

#RFC
#20RFC2016
#RainforestChallenge
#PadangMPK
#Kuantan
#Pahang

PELEPASAN KONVOI RFC 2016 DATARAN MERDEKA


KUALA LUMPUR: Pelepasan Konvoi Rainforest Challenge (RFC) 2016 Ke Kuantan, Pahang Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur




#RFC
#RainforestChallenge
#DataranMerdeka
#KualaLumpur
#Kuantan
#Pahang

PENUNGGANG MOTOSIKAL CEDERA AKIBAT TANAH RUNTUH DI SERENDAH


HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal cedera apabila jalan yang dilaluinya di Taman Idaman, Serendah, runtuh awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan dikatakan dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu.

Dia yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, berkata pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

"Maklumat awal menyatakan terdapat seorang mangsa dalam kejadian ini, namun kita tetap menjalankan operasi mencari sekiranya ada lagi mangsa lain.

Operasi turut dibantu anjing pengesan sebelum disahkan tiada mangsa lain terbabit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sehingga jam 4 pagi tadi, tiada mana-mana waris membuat laporan polis mengenai kehilangan ahli keluarga.

"Demi keselamatan, kami turut meminta penduduk dua rumah berhampiran berpindah sementara waktu.

Kajian turut dilakukan bagi mengenalpasti tahap keselamatan tanah di kawasan ini," katanya.

Sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.

Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut meranapkan tujuh unit kedai.

Isnin, 14 November 2016

FENOMENA SUPERMOON DI MALAYSIA


FENOMENA SUPERMOON

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA... JANGAN LUPA MALAM INI 14 NOVEMBER 2016 JAM 7.00 PM - 9.30 PM SATU LAGI FENOMENA CIPTAAN ALLAH AKAN BERLAKU.

 IANYA DIPANGGIL FENOMENA SUPERMOON

SUPERMOON BERLAKU APABILA KEDUDUKAN BULAN BERADA PALING HAMPIR DENGAN BUMI MEMBUATKAN BULAN KELIHATAN BERKALI GANDA LEBIH BESAR DARI KEBIASAANNYA DAN JUGA LEBIH CERAH.

JOM RAMAI 2 KITA SAKSIKAN KEBESARAN ILAHI INI.

INGAT SEKALI ANDA TERLEPAS MELIHATNYA ANDA HANYA PERLU MENAMBAH 18 TAHUN DARI UMUR ANDA SEKARANG JIKA MAHU MELIHAT NYA LAGI.

FENOMENA SUPERMOON DIJANGKA AKAN BERLAKU LAGI 18 TAHUN AKAN DATANG.

SUPERMOON KALI INI ADALAH YG TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA PADA JANGKAAN PARA SAINTIS

** Waktu Cerapan Gerhana Bulan Supermoon 14.11.2016 Malaysia

7.25 Malam (Fasa Pertama): Bulan berada di kedudukan paling dekat dengan bumi

9.54 Malam (Fasa Akhir): Berlaku gerhana bulan penuh

Cara Melihat Supermoon: Guna mata kasar

Lokasi: Seluruh Malaysia

#AllahMahaBesar
#Supermoon
#smnetnews
#Kelantan
#Malaysia

Jumaat, 4 November 2016

GURU MAUT TERLIBAT NAHAS TIGA KENDERAAN


KUALA KRAI - Seorang guru maut setelah kenderaan dipandunya terlibat nahas  tiga kenderaan  di KM 83 Jalan Kota Bharu - Gua Musang,Kampung Peria  jam 11 malam semalam.

Mangsa,Shamsudin  Jaafar,48,guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa,Pasir Puteh maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Isterinya,Rosnida  Yusoff,47 ,juga guru di sekolah sama cedera pada mulut sementara anak lelakinya,Muhammad Solihin  Shamsudin,19,pelajar tahfiz Kok Lanas,mengalami pendarahan dalam kepala.

Khamis, 3 November 2016

AMARAN UNTUK KAWASAN PERAIRAN MALAYSIA



AMARAN UNTUK KAWASAN PERAIRAN

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 12.10 tengah malam, 30 Oktober 2016.

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kuching, Reef South, Reef North, Labuan, Layang-layang dan Palawan sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Bunguran dan Sulu sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Samui, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Labuan & Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 3 November 2016.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 12.10 tengah malam, 30 Oktober 2016.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak, WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Perak, Kelantan, Terangganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan & Sabah (Kudat & Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 3 November 2016.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

#MetMalaysia

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

PERTANDINGAN AKHIR MENEMBAK MAHABAH 2016



BACHOK: KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan berangkat ke Pertandingan Akhir Menembak Mahabah Tahun 2016,Side Arm separuh akhir & akhir IPSC dan Stell Challenge,pada 02.November 2016



Pertandingan Menembak Mahabbah 2016 ini Sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-47 bertempat di Lapang Sasar Gunung, Bachok, Kelantan

FOTO: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan


Rabu, 2 November 2016

AMARAN RIBUT PETIR DIKELUARKAN PADA 3:00 PM 2 NOV 2016


Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 03:00pm pada 02 November 2016

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Kuala Krai, Lojing dan Gua Musang) dan Terengganu (Daerah Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 2 November 2016.

PESAWAT AIRASIA TERGELINCIR DI KOTA BHARU



KOTA BHARU:  Sebuah pesawat AirAsia jenis Airbus A320 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada jam 10.25 malam Selasa ketika sebelum berlepas.



Kejadian berlaku ketika pesawat AK6443 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan 'u' di hujung landasan.

AirAsia dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan, kesemua penumpang dan anak kapal di atas pesawat selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan itu lagi, pesawat AK6446 yang dijadualkan tiba di dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu telah dibatalkan."AirAsia akan memaklumkan kepada penumpang mengenai jadual pelepasan terkini," kata AirAsia.

Ekoran daripada kejadian itu penerbangan terpaksa ditangguhkan dan kini kerja-kerja mengeluarkan tayar tersebut sedang giat dilakukan oleh petugas lapangan terbang.

Selasa, 1 November 2016

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGHIJAUAN D'RAJA OLEH KDYMM SULTAN MUHAMMAD V


KUALA KRAI: KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan di Majlis Perasmian Program Penghijauan D'Raja Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-47.



 Perasmian tersebut disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V dengan penanaman Blue Quandong (Elaeocarpus SPP.) ditebing Sungai Lebir.

 Majlis yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai pagi tadi.