Khamis, 3 November 2016

AMARAN UNTUK KAWASAN PERAIRAN MALAYSIA



AMARAN UNTUK KAWASAN PERAIRAN

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 12.10 tengah malam, 30 Oktober 2016.

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kuching, Reef South, Reef North, Labuan, Layang-layang dan Palawan sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Bunguran dan Sulu sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Samui, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Labuan & Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 3 November 2016.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 12.10 tengah malam, 30 Oktober 2016.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak, WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur-Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) sehingga Sabtu, 5 November 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Perak, Kelantan, Terangganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan & Sabah (Kudat & Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 3 November 2016.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

#MetMalaysia

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan