Jumaat, 4 November 2016

GURU MAUT TERLIBAT NAHAS TIGA KENDERAAN


KUALA KRAI - Seorang guru maut setelah kenderaan dipandunya terlibat nahas  tiga kenderaan  di KM 83 Jalan Kota Bharu - Gua Musang,Kampung Peria  jam 11 malam semalam.

Mangsa,Shamsudin  Jaafar,48,guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa,Pasir Puteh maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Isterinya,Rosnida  Yusoff,47 ,juga guru di sekolah sama cedera pada mulut sementara anak lelakinya,Muhammad Solihin  Shamsudin,19,pelajar tahfiz Kok Lanas,mengalami pendarahan dalam kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan