Sabtu, 31 Disember 2016

DUA PELAJAR LEMAS DI TOK BALI DIJUMPAI


KOTA BHARU: Dua pelajar lemas yang hilang hampir seminggu dibawa arus ketika bermandi-manda di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh dekat ini pada Ahad lalu ditemui di Pantai Tak Bai, Narathiwat Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, setakat ini tanda-tanda indentiti kedua-dua mangsa sudah dikenal pasti dan proses pengecaman akan dibuat kedua-dua keluarga masing-masing yang dalam perjalanan ke sana.

Mayat Amir Azfar Rafa, 13, dijumpai terdampar oleh penduduk kampung di pantai berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Sementara mayat kedua, Ahmad Haziem Anizam, 14, dijumpai pada pukul 10.30 pagi tadi.

Jarak antara kedua-dua mayat yang dijumpai lebih kurang lima kilometer dan jarak antara Pantai Tok Bali dengan Pantai Tak Bai kira-kira 90 kilometer.

Kedua-dua mayat kemudian dibawa ke Hospital Narathiwat, Thailand untuk proses pengecaman kedua-dua keluarga yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan