Selasa, 20 Disember 2016

KEMPEN SUMBANGAN RM10 SEORANG SELAMATKAN TRW



KOTA BHARU: Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) menggerakkan kempen "Satu Rakyat Kelantan RM10" hari ini, bagi menyelamatkan masa depan pasukan bola sepak negeri Kelantan itu daripada berkubur dalam saingan Liga Malaysia 2017.


Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kutipan dibawah tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan itu bertujuan menyelamatkan Pasukan The Red Warriors (TRW) selepas KAFA mahu menarik diri daripada menyertai saingan liga Malaysia 2017 tahun depan.

 Kami pilih RM10, kerana ia adalah not wang kertas berwarna merah dan warna itu secara simbolik melambangkan Kelantan (TRW) tetapi kami tetap harapkan sumbangan ribuan atau mungkin jutaan ringgit dan bukan RM10 sahaja.

Merah juga warna tradisi pasukan Kelantan (TRW) dan juga bendera negeri Kelantan, jadi kita kena pertahankan maruah negeri Kelantan.

Kami harap usaha ini dapat membangkitkan semangat rakyat Kelantan, negeri ini mempunyai 1.8 juta penduduk, kalau beri RM10 seorang, kita sudah dapat jumlah untuk keseluruhan Liga Malaysia untuk musim depan,” katanya pada sidang media pelancaran tabung selamatkan pasukan Kelantan (TRW) di Kota Bharu siang tadi. SMNET NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan