Rabu, 28 Disember 2016

PEMOTONG RUMPUT MAUT DIHEMPAP TRAKTOR


SEGAMAT: Seorang kontraktor memotong rumput di sebuah loji memproses minyak berhampiran Lebuhraya Segamat-Kuantan, di sini, maut selepas dihempap traktor yang dipandunya dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unis, berkata, mangsa, Mohd Ridza Tahari, 64, maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

"Ketika kejadian, mangsa sedang memotong rumput di lereng bukit loji minyak tersebut menggunakan traktor sebelum traktor tersebut hilang kawalan dan terbalik.

"Orang awam yang melihat kejadian tersebut segera meminta bantuan dan cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Sementara itu, salah seorang waris mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa meninggalkan seorang balu, Siti Kalsom Sangidhi, 59, dan empat anak lelaki serta tinggal di Taman Yayasan, di sini.

"Arwah sebenarnya telah menjalankan kerja-kerja memotong rumput di kawasan berkenaan sejak lima tahun lalu dan mempunyai 10 pekerja dan turut sama melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan