Khamis, 29 Disember 2016

WARGA EMAS LEMAS DI PCB


KOTA BHARU: Lelaki berusia 59 tahun ditemui lemas selepas dihanyutkan ombak ketika menjalani terapi kaki di tepi Pantai Cahaya Bulan (PCB) jam 4 petang tadi.

Mangsa, Jaafar Ahmad ditemui oleh orang ramai pada 4.15 petang tadi.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Difahamkan mangsa yang menghidap kencing manis ke pantai berkenaan untuk menjalani terapi dengan menanam kedua-dua kakinya di dalam pasir sebelum dihanyutkan ombak.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Ismadi Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.19.petang sebelum sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah ditemui orang awam.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan