Khamis, 28 Disember 2017

KONSORTIUM E-MUTIARA PENAJA RASMI PENGANGKUTAN PASUKAN KELANTAN




Tahniah kepada barisan kepimpinan KAFA yang berjaya meneruskan kerjasama bersama Konsortium E-Mutiara sebagai penaja rasmi pengangkutan pasukan Kelantan 2018. Terima kasih kepada Konsortium E-Mutiara kerana kekal bersama penaja Kelantan.

Khamis, 21 Disember 2017

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2018

Foto SMNET News.
SENARAI PEMAIN KELANTAN 2018 
PENJAGA GOL
  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Ramadhan Abdul Hamid
  3. Fikri Che Soh - TPW
PERTAHANAN
  1. Nik Shahrul Azim
  2. Faris Shah Rosli
  3. Nasharizam Rasid
  4. Farisham Ismail
  5. Azwan Aripin
  6. Faizol Nazlin Sayuti
  7. Khairul Asyraf
  8. Amiridzwan Taj
  9. Tengku Qayyum
  10. Aiman Shakir - TPW
  11. Syaiful Alias - TPW
  12. Cassio Francissco - Pemain import baru
TENGAH
  1. Morgaro Lima Gomis - Pemain import
  2. Badhri Radzi
  3. Norfarhan Muhammad
  4. S Veenod
  5. Amir Zikri
  6. Fadhillah Pauzi
  7. Nik Akif Syahiran Nik Mat
  8. Shahrul Hakim Rahim
  9. Shafiq Abdul Rahman
  10. Rozaimi Azwar
  11. Fadhilah Pauzi
  12. Khairul Rizam
  13. Haikal Nazri
  14. Sukri Hamid
  15. Akif Syahiran - TPW
  16. Imran Samso - TPW
  17. Do Dong Hyun- Pemain import baru
PENYERANG
  1. Fakhrul Zaman
  2. Shafiq Saharuddin
  3. Daniel Ashraf Abdullah - TPW
  4. Nik Azli Nik Alias - TPW
PEMAIN IMPORT
  1. Morgaro Gomis (France/Senegal)
  2. Do Dong Hyun (South Korea)
  3. Cassio Francissco
  4. Seydi L Imam (France/Senegal) - akan dipinjamkan
  5. Abou Bakr Al-Mei (Lubnan) - akan dipinjamkan
SENARAI PENAJA 2018:
  1. Syarikat minuman kultur, YAKULT
  2. Syarikat industri, ROHM WAKO
  3. Syarikat perlancongan, ALQUDS UMRAH & TRAVEL
  4. Syarikat pakaian sukan, AL-IKHSAN
  5. Syarikat pengangkutan, E-MUTIARA
  6. Rakan kongsi
    1. Excel Printing, Exa Supply & Services
    2. Klinik Mesra
    3. Pakaq Gom Gym.

Rabu, 20 Disember 2017

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

Foto SMNET News.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA 
Masa dikemaskini: 
5:00 petang 
20 Dis 2017
Sumber: Malaysian Meteorological Department

Selasa, 28 November 2017

TERKINI AMARAN CUACA (BAHAYA)

Foto SMNET News.

***TERKINI***
AMARAN CUACA (BAHAYA)
Dikeluarkan pada : 08:00am pada 28 November 2017
SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) - Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.
Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Rabu, 29 November 2017.
SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)
Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Rabu, 29 November 2017.
SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA)
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling) sehingga Rabu, 29 November 2017.
Sumber: MET Malaysia

Jumaat, 10 November 2017

MAKLUMAN PERMULAAN MONSUN TIMUR LAUT 2017/2018


MAKLUMAN PERMULAAN MONSUN TIMUR LAUT 2017/2018.
Sumber: MET Malaysia

Ahad, 5 November 2017

KEDAH, KELANTAN & MELAKA LULUS LESEN KELAB FAM UNTUK BERAKSI PADA LIGA SUPER 2018


Tiga kelab – PB Kedah, PB Kelantan dan PB Melaka United berjaya mendapatkan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka beraksi pada saingan Liga Super 2018.
Permohonan mereka yang sebelum ini ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan akhirnya telah diluluskan oleh Badan Rayuan (AB) Pelesenan Kelab FAM pada mesyuarat yang diadakan Jumaat lalu (27 Oktober 2017) oleh ahli-ahli jawatankuasa badan bebas.
Bagaimanapun, lesen yang diberikan kepada tiga kelab ini hanya merupakan lesen FAM dan tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Namun, dua lagi kelab - Felda United FC dan PB Sarawak tidak diberi lesen selepas didapati masih gagal memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan, meskipun telah diberikan tempoh lanjutan.
Untuk makluman semua, FAM sebelum ini menerusi kenyataan media pada 7 September 2017 mengumumkan bahawa sebanyak tujuh daripada 12 kelab yang beraksi pada Liga Super 2017 iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), PB Pahang, PB Perak, PKNS FC, PB Pulau Pinang, PB Selangor dan  T-Team FC telah berjaya lulus dalam permohonan mendapatkan lesen FAM.
Malah daripada tujuh pasukan yang telah mendapat lesen dari First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM sebelum ini, empat daripadanya iaitu JDT, PB Pahang, PKNS FC dan PB Selangor turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.
Kelulusan berkenaan diputuskan pada mesyuarat FIB yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 24 Ogos 2017.
Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kelab-kelab yang telah menunjukkan kesungguhan dalam memastikan mereka akhirnya dapat juga memenuhi kriteria yang ditetapkan meskipun permohonan awal mereka sebelum ini ditolak.
Untuk makluman, Lesen FAM & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2018 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

DATO' HAJI HAMIDIN HAJI MOHD AMIN
SETIAUSAHA AGUNG FAM
KHAMIS, 2 NOVEMBER 2017

Sumber & Grafik Football Association of Malaysia

Selasa, 10 Oktober 2017

KELANTAN WAJIB MENANG

Foto SMNET News.

Kelantan akan bertemu Melaka United pada 28hb Oktober di Stadium Hang Jebat Melaka sebagai perlawanan penutup tirai liga super Musim 2017.

"Perlawanan Amat Penting" bagi pasukan Kelantan, kerana Kelantan wajib menang untuk mendapat 3 mata yang amat berharga bagi menentukan Kelantan layak atau tidak bertahan di Liga Super. Jika kalah Kelantan turun ke Liga Perdana musim hadapan.

Tarikh : 28/10/2017
Hari : Sabtu.
Sepak Mula : 9:00 mlm.
Tempat : Stadium Hang Jebat.
Datanglah beramai-ramai ke stadium
perlawanan hidup mati Kelantan untuk kekal di Liga Super tahun hadapan.

Isnin, 9 Oktober 2017

Selamat Menduduki Peperikasaan PT3

Foto SMNET News.
Selamat Menduduki Peperikasaan PT3 kepada anak-anak pelajar. Semoga dilapangkan dada dan diberikan kemudahan untuk menjawab semua soalan dengan cemerlang.
Daripada Krew & Kakitangan SMNET News

Khamis, 28 September 2017

Liga Super 2017 Kelantan vs PKNS FC

Foto SMNET News.

Foto SMNET News.
Foto SMNET News.
Foto SMNET News.
Foto SMNET News.

Foto SMNET News.
Gambar Perlawanan Liga Super 2017 Kelantan vs PKNS FC


Sabtu, 16 September 2017

YANG DI PERTUAN AGONG MELAWAT LOKASI TRAGEDI PUSAT TAHFIZ


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan melawat lokasi tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden di Jalan Keramat Hujung awal pagi semalam.




Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

#smnetnews

Khamis, 14 September 2017

STADIUM SHAH ALAM VENUE PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2017


Football Malaysia LLP (FMLLP) telah memilih Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 4 November nanti.
Pada awalnya, FMLLP merancang untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Oktober tetapi jadual Liga Malaysia terpaksa dipinda bagi memberi laluan kepada persiapan pasukan Malaysia ke Sukan SEA.
Walaubagaimanapun, Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan untuk acara bola sepak pada 4 November kerana sudah ditempah untuk acara lain.
Berdasarkan kapasiti 80 ribu tempat duduk penonton dan merupakan stadium kedua terbesar di Malaysia, pemilihan Stadium Shah Alam boleh dianggap sebagai pilihan terbaik dengan beberapa final sebelum ini termasuk Perlawanan Akhir Sukan SEA 2017 turut diadakan di stadium ini.

Sumber: FMLLP

PUSAT TAHFIZ TERBAKAR LEBIH 20 NYAWA TERKORBAN. AL-FATIHAH



KUALA LUMPUR: Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.


Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online


Isnin, 11 September 2017

MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN TAKZIAH


Merafak sembah dan ucapan takziah kepada Kerabat Diraja Kedah dan negeri Kedah atas kemangkatan KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang telah kembali ke rahmatullah pada 11hb September 2017. Al-Fatihah

----
#smnetnews

Ahad, 10 September 2017

KASMA DANIEL MUNCUL JUARA CP150 DI PASIR PUTEH SENTRAL



PASIR PUTEH SENTRAL: Kepantasan Kasma Daniel Kasmayudin sukar dihalang apabila berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut yang juga merupakan kemenangan kelima peribadi musim 2017 selepas menjuarai perlumbaan CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu dengan mudah menamatkan 20 pusingan perlumbaan dan melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s.

“Saya tidak begitu yakin dan tidak menjangkakan kemenangan mudah pada perlumbaan hari ini. Prestasi dan catatan masa saya tidak begitu baik pada sesi-sesi lain,” jelas Kasma yang memulakan perlumbaan di belakang Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).



Tambah Kasma, “Saya juga bermula agak perlahan dan ketinggalan di belakang beberapa pelumba lain. Perssaingan pada awal perlumbaan agak sengit sehinggalah saya dapat mendahului kedudukan namun saya masih berhati-hati kerana permukaan litar yang semakin licin.

Dengan Kasma selesa di hadapan, perebutan lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga yang menjadi milik Fazli dan Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) setelah seorang lagi pelumba, Ramdan yang berada di kedudukan kedua terjatuh ketika perlumbaan berbaki beberapa pusingan sahaja lagi.

Kasma terus selesa mendahului kedudukan keseluruhan setelah mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang telah berlangsung setakat ini manakala Afif kekal di tangga kedua dengan 99 mata diikuti Fazli ketiga dengan 64 mata.

Sementara itu, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues untuk meraih kemenangan keempat pada musim ini sekalibus terus mengukuhkan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 130 mata.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’46.688s diikuti Haziq dengan masa 13’46.894s. Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) meraih podium pertama pada musim ini setelah menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 13’47.727s.

Haziq berada di tangga kedua keseluruhan dengan 96 mata diikuti Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketiga dengan 78 mata.

Dalam saingan Wira, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kembali ke pentas podium sebagai juara setelah kali terakhir muncul juara pada pusingan pertama di Temerloh dengan masa keseluruhan 11’12.261s.

Saiful menewaskan rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman yang menamatkan perlumbaan dengan masa 11’12.399s manaka pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha –Afb Tech) di tangga ketiga dengan masa 11’16.542s.

Aiman kekal di tangga teratas dengan 107 mata diikuti Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) di kedudukan kedua dengan 94 mata diikuti Saiful ketiga, 93 mata.

Sumber Berita: malaysiancubprix.com

Sabtu, 9 September 2017

MB & TMB KELANTAN HADIR DI MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN AGONG XV


YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan Datin Bentara Kanan ketika di Majlis Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Istana Negara pagi ini.
Turut bersama YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Datin.

 SMNET News


Selasa, 29 Ogos 2017

KONTINJEN MALAYSIA MELEPASI SASARAN 111 PINGAT EMAS

Foto SMNET News.
Tahniah.. 🇲🇾..🇲🇾..🇲🇾
Kontinjen Malaysia 🇲🇾 Telah Melepasi Sasaran 111 pingat emas. Pingat emas ke-111 untuk negara 🇲🇾 disumbangkan oleh jaguh keirin dunia Azizul Hasni 🇲🇾
Ayuh Malaysia 🇲🇾..

Isnin, 28 Ogos 2017

The Pocket Rocket Man Raih Emas Ke 111 Negara

Foto SMNET News.
Emas Yang Ke 111 Malaysia
"The Pocket Rocket Man"
Tahniah Azizul Hasni Awang, mendapat pingat emas yang ditunggu-tunggu oleh negara, pingat emas yang ke 111.
#KL2017
#SEAGames2017
#ThePocketRocketMan
#BangkitBersama
#Emas111
#KitaSamaHero
#Negaraku

Rabu, 23 Ogos 2017

KHAIRUL HAFIZ RAJA PECUT ASIA TENGGARA

Tahniah!!🇲🇾.... KHAIRUL HAFIZ RAJA PECUT ASIA TENGGARA 🇲🇾
Khairul Hafiz Jantan 🇲🇾 menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia 🇲🇾dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA dengan mengungguli acara tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Khairul Hafiz mencatat 10.38 saat untuk menghadiahkan pingat emas ke 40 Malaysia,🇲🇾 menewaskan pemenang 2015, Eric Cray dari Filipina di tempat kedua manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun di tempat ketiga.
Ini merupakan pingat emas kedua kem olahraga negara 🇲🇾 selepas Irfan Shamshuddin tuai emas pertama dalam acara lempar cakera.
Dalam pada itu, ratu pecut negara, Zaidatul Husniah menamatkan saingan 100 meter wanita akhir dengan pingat perak.
Terdahulu, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat gangsa acara melontar peluru lelaki.
Tahniah kepada semua pemenang!

Selasa, 22 Ogos 2017

PINGAT EMAS PERTAMA DARI GELANGGANG OLAHRAGA

Pingat emas pertama 🇲🇾 dari gelanggang Olahraga 

Irfan Shamshuddin buka tirai olahraga dengan hadiahkan emas pertama Team MALAYSIA 🇲🇾dengan menguasai acara lempar cakera Lelaki.

Rakan sepasukan, Abdul Rahman Lee pula meraih pingat gangsa.

Jom Like FB SMNET News
#TeamMalaysia🇲🇾
#KitaJuara
#KL2017
#Negaraku
#SEAGames2017
#smnetnews