Khamis, 26 Januari 2017

MAJLIS PELANCARAN JENTERA SCK RAPIDO HI-REV HONDA RACING TEAM


SHAH ALAM: Majlis pelancaran jentera  Honda 150R baru bagi tahun 2017, SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing Team dan majlis sambutan tahun baru cina di Taman Sri Muda, Shah Alam pada pagi tadi.


#CubPrix2017 #CubPrix24

SELAMAT TAHUN BARU CINA SIFU YY PANG


Sambutan tahun baru cina Sifu YY Pang di Taman Sri Muda, Shah Alam dengan memperkenalkan pelumba dalam kategori CP 115 yang baru, Idil Fitri.
#CubPrix2017 #CubPrix24

Selasa, 24 Januari 2017

MASYARAKAT ORANG ASLI GESA SUHAKAM BERTINDAK


 Penduduk Orang Asli daripada sekitar Gua Musang dan Lojing mendesak pihak SUHAKAM supaya mengadakan satu inkuiri terhadap Kerajaan Negeri Kelantan yang membenarkan pencerobohan berterusan wilayah adat orang asal di Kelantan.

Mereka berkata, pencerobohan wilayah adat orang asli dengan pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Hakmilik Kekal (Pajakan Negeri) berlaku sejak tahun 2000 lagi dan kini keadaan bertambah kritikal.

Kata mereka lagi, cukuplah Orang Asli ditahan serta kubur dan tanah adat resam mereka dicerobohi untuk sekian lama.

Oleh itu mereka mendesak SUHAKAM memulakan inkuiri terhadap salah guna kuasa Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Hutan.

Pada 25 Januari, iaitu esok wakil Orang Asli lebih 10 buah kampung akan hadir menyampaikan memorandum dan aduan kepada pihak SUHAKAM di Kuala Lumpur pada pukul 2 petang serta berharap pihak media dapat melaporkan perkara ini.

Jumaat, 20 Januari 2017

TRW LANCAR JERSI DAN PENGENALAN KONSORTIUM PENAJA


KOTA BHARU: Majlis pengenalan konsortium penaja Al-Hamra dan pelancaran jersi The Red Warriors 2017 pada pagi tadi bertempat di Kelantan Trade Centre.

lagi gambar di..... https://www.facebook.com/smnetnews/

Rabu, 18 Januari 2017

BAS EKSPRES REMPUH TRELER PEMANDU PATAH KAKI


MACHANG: Seorang pemandu bas ekspres cedera dalam kemalangan yang melibatkan 2 buah bas ekspres dan treler di Labok, Machang pagi tadi

Kemalangan yang berlaku pukul 5 pagi itu menyebabkan pemandu salah sebuah bas ekspres patah kaki kiri selepas tersepit ditempat duduk pemandu.

Kedua-dua bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan berlepas di Terminal TBS malam tadi.  Bagaimanapun, penumpang kedua-dua bas ekspres serta pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pemandu bas ekspres Darulnaim yang cedera kemudian dirujuk ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan kejadian berlaku apabila bas ekspres merempuh belakang treler sebelum dilanggar sebuah lagi bas ekspress dari arah belakang.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, pihaknya menerima panggilan 5.09 pagi dan tiba ditempat kejadian beberapa minit kemudian.

Setibanya ditempat kejadian salah seorang pemandu bas ekspres tersepit ditempat duduk pemandu dan bomba mengambil masa 25 minit mengeluarkan mangsa.

Ahad, 15 Januari 2017

AJAL DALAM KERETA AKIBAT ASMA


 KOTA BHARU: Seorang lelaki yang menghidap penyakit asma maut selepas sesak nafas ketika dalam perjalanan menghantar tiga anaknya ke sekolah di Jalan Taman Uda, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu, Nik Fa Nik Din, 47, dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Chat, di sini.

"Mangsa yang memandu Perodua Kancil dari arah Kampung Tapang ke SK Tanjung Chat secara tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum kenderaannya terbabas ke lorong bertentangan berhampiran tali air.

"Tiga anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selasa, 10 Januari 2017

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016 MILIK FAIZ SUBRI


Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi.

Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.

Berita Sukan MY

Isnin, 9 Januari 2017

KELANTAN NEGERI PERTAMA LAKSANAKAN DAGANGAN KARBON KREDIT



KOTA BHARU: Negeri Kelantan hari ini menjadi peneraju dalam dagangan Karbon Kredit serta yang pertama di Malaysia menjalankan program jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di negeri-negeri membangun.

Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan syarikat tempatan, Climate Protector Sdn Bhd telah dimeterai di Hotel Perdana pagi tadi. Matlamat jangka panjang projek ini adalah untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan serta meningkatkan stok simpanan karbon hutan simpan serta dapat menyumbang kepada pembangunan lestari.

Inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan dalam program ini adalah untuk memelihara hutan dan alam sekitar akibat aktiviti pembalakan.
Program dagangan korban kredit adalah yang pertama di Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan merupakan satu-satunya yang melakukan program ini.

Projek REDD ini akan mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh para saintis bertauliah untuk mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri. Jumlah kawasan terbabit adalah 396,000 hektar dengan anggaran kawasan hutan meliputi 1 juta ekar.

Melalui projek ini, dalam tempoh 30 tahun tidak akan ada sebarang aktiviti  pembalakan atau perlombongan dalam kawasan yang telah ditetapkan. Ia akan dipantau dengan ketat supaya tidak akan ada pembalakan haram bagi memastikan agar hasrat Kerajaan Negeri tercapai. Bagi rakyat Kelantan, projek ini akan mencetuskan kesedaran terhadap aktiviti konservasi dan menjana pekerjaan buat rakyat tempatan.


YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mewakili Kerajaan Negeri Kelantan manakala syarikat Climate Protector diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mr. Tan Too Siah dalam pada itu telah menandatangani perjanjian projek tersebut pagi tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Exco-Exco, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri..SMNET News

Ahad, 8 Januari 2017

THE RED WARRIORS KUATKAN PASUKAN


KOTA BHARU: Skuad bolasepak Kelantan The Red Warriors bertolak ke Lembah Klang hari ini untuk meneruskan sesi latihan serta mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Liga Perdana bagi memperkuatkan lagi saingan Liga Malaysia musim 2017.

Beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab dari Liga Perdana turut  diatur sepanjang tempoh skuad Kelantan berada disana.

Perlawanan persahabatan pra musim 2017 pasukan Kelantan diantaranya perlawanan dengan kelab MIFA FC pada 9 Januari, kelab UITM FC pada 11 Januari dan juga PDRM 15 Januari 2017 ini.

Latihan serta perlawanan persahabatan pra musim 2017 bagi mengukuhkan lagi pasukan Kelantan bagi persediaan untuk Liga Malaysia musim ini selepas KAFA ingin menarik diri serta mengalami masalah dari sudut penajaan.

Gomo Kelate Gomo

BANJIR DI KELANTAN SEMAKIN PULIH


KOTA BHARU: Banjir di Kelantan menunjukkan keadaan semakin pulih dengan cuaca yang baik serta kebanyakan pusat pemindahan yang telah ditutup kecuali di Tumpat dan Pasir Mas yang masih beroperasi hingga saat ini.

Bilangan penduduk yang berada di pusat pemindahan setakat tengahari adalah seramai 4,473 mangsa dengan 1,484 keluarga serta 12 Pusat pemindahan masih dibuka sekarang ini.

Dua jajahan yang masih menempatkan mangsa banjir adalah Tumpat dan Pasir Mas. Jajahan Tumpat setakat hari ini menempatkan mangsa seramai 2,794 orang dengan  933 keluarga serta Pasir Mas dengan 1,679 orang dengan 551 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan banjir.

Cuaca yang baik serta  tiada hujan sekarang ini menyebabkan banyak pusat pemindahan telah ditutup dan ramai mangsa banjir telah pulang ke rumah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Sebelum pada ini sebanyak 9 jajahan di Kelantan yang telibat dengan banjir yang mula melanda Kelantan awal bulan januari dan sekarang ini hanya 2 jajahan yang masih telibat iaitu Tumpat serta Pasir Mas.

Jajahan Gua Musang setakat kini masih bebas daripada banjir dan tiada pusat pemindahan yang dibuka..MF73 SMNET News

Gambar: FB YB Zaki Haji Ibrahim

Sabtu, 7 Januari 2017

PM MELAWAT MANGSA BANJIR DI TUMPAT


TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat mangsa banjir dan beramah mesra dengan rakyat yang dilanda banjir pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bunuhan Tumpat, Kelantan.

Datuk Seri Najib berkata Kerajaan pusat akan membina infrastruktur tambahan di sekolah  yang dipilih mempunyai dua fungsi iaitu sebagai pusat pendidikan dan pusat pemindahan mangsa banjir.

Beliau berkata demikian selepas satu sidang media ketika melawat mangsa banjir di SK Bunohan di Tumpat.

Katanya beliau akan meminta agensi kerajaan yang terbabit mengenal pasti sekolah yang akan dibina kemudahan tambahan itu bagi membolehkan  ia diiktiraf sebagai sekolah dan pusat pemindahan banjir.

Jumaat, 6 Januari 2017

NIKE MALAYSIA PENAJA RASMI BOLA BAGI LIGA MALAYSIA 2017


Football Malaysia LLP hari ini mengumumkan  pengunaan bola rasmi bagi pertandingan Liga Malaysia musim 2017  dibekalkan oleh Nike Malaysia. Pekara ini diumumkan melalui laman sesawang fb Football Malaysia LLP.

Bola keluaran Nike ini akan diguna pakai dalam sepanjang perlawanan Liga Malaysia musim ini bagi perlawanan Liga Super, 100PLUS Liga Premier, Piala FA dan juga perlawanan Piala Malaysia 2017.

Sepak mula bagi perlawanan Liga Malaysia musim ini pada hari jumaat 20 Januari bagi perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT melawan Kedah di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.

Bagi jadual perlawanan Liga Super musim ini bermula pada hari sabtu 21 Januari di venue pasukan yang bertanding.

KONSORTIUM PENAJAAN DIBENTUK BANTU RED WARRIORS MUSIM 2017


KOTA BHARU: Mantan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan penyertaan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia 2017. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang telah diadakan di Kota Bharu pagi tadi

Tan Sir Annuar Musa berkata kehadiran beliau adalah sebagai penaja menerusi syarikatnya iaitu kumpulan Al-Hamra serta Pengerusi RedOne dan pada sidang media itu beliau menegaskan tidak akan kembali sebagai presiden KAFA.

Kumpulan Al-Hamra Group dan Red One akan membentuk satu konsortium terdiri daripada beberapa buah syarikat untuk mencari dana buat pasukan Kelantan terus beraksi dalam Liga Malaysia. Beliau meminta tempoh sehingga 14 Jan ini untuk membentuk satu konsortium penaja.

Sekarang ini 3 pemain import termasuk satu dari Asia akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat untuk beraksi bagi pasukan Kelantan. Sebagai penaja, Tan Sri Annuar Musa meminta jersi pasukan Kelantan untuk tahun ini kembali kepada warna tradisi The Red Warriors sebelum ini iaitu warna merah dan biru serta berelemen petak-petak.

Beliau mensasarkan 7 hingga ke 8 syarikat akan membentuk satu konsortium penaja. Sekarang ini terdapat beberapa buah syarikat sudah mengesahkan akan bersama konsortium dan sasaran penajaan ialah sebanyak RM10 juta..MF73 SMNET News

Khamis, 5 Januari 2017

CUB PRIX PERTIMBANG TUJUH KATEGORI MUSIM 2017


Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumumkan jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan, hari ini.

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas dan pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas ‘rookie’  bagi musim 2017 dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

“Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba. Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini.

 Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:

Rd 1 Temerloh, PAHANG – 4 & 5 Mac

Rd 2 MAEPS, SELANGOR – 25 & 26 Mac

Rd 3 KELANTAN – 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)

Rd 4 MELAKA – 13 & 14 Mei

Rd 5 JOHOR – 15 & 16 Julai

Rd 6 Teluk Intan, PERAK – 4 & 5 Ogos

Rd 7 Kemaman, TERENGGANU – 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)

Rd 8 Kangar, PERLIS – 7 & 8 Oktober

Rd 9 Jempol, N. SEMBILAN – 4 & 5 November

Rd 10 Batu Kawan, P. PINANG – 18 & 19 November

SUMBER: www.malaysiancubprix.com

TUMPAT DAERAH KEDUA TERAMAI DIPINDAHKAN AKIBAT BANJIR



TUMPAT: Akibat limpahan air Sungai Golok daripada Rantau Panjang yang kini melimpah dibeberapa buah kampung di Tumpat sehingga kini menyebabkan daerah Tumpat adalah yang kedua teramai mangsa banjir dipindahkan.

Setakat hari ini seramai 3,308 mangsa serta 1,047 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Perpindahan Banjir di Tumpat dan melibatkan 5 pusat perpindahan telah dibuka sehingga petang ini.

Sebanyak lima pusat perpindahan banjir telah dibuka iaitu di SK Bunohan seramai 646 mangsa, SK Pengkalan Kubor 2 (574), SK Pengkalan Kubor 1 (658), Sek. Men. Keb. Chabang Empat (467) dan SK Sri Tumpat 2 (963) orang mangsa banjir yang sudah dipindahkan.

Menurut portal banjir kerajaan negeri satu jalan yang ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir di Tumpat semenjak malam tadi ialah Jalan Cabang 4 ke Meranti iaitu di Kampung Jambu. Sehingga kini hujan renyai-renyai masih belaku di Tumpat..MF73 SMNET News

KAFA KEKAL KEPUTUSAN KONGRES UNTUK TARIK DIRI


KOTA BHARU: Jawatankuasa EXCO Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam sidang media yang diadakan jam 2.30 petang hari ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan Kongres Luar Biasa KAFA yang diadakan baru-baru ini supaya Kelantan menarik diri dari saingan Liga Super 2017.

Keputusan tersebut diambil setelah KAFA tidak menerima sebarang maklumbalas rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Kelantan setelah memberi peluang untuk Kerajaan Negeri mengemukakan perincian bantuan, termasuk mengambil alih pengurusan pasukan bolasepak, seperti yang dibincangkan ketika pertemuan bersama 2 Januari lalu.

Sebelum ini, KAFA telah meminta pihak Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi maklumbalas perincian bantuan serta kaedah pengambilalihan pasukan sebelum jam 10 pagi, Khamis 5 Januari 2017 memandangkan masa yang suntuk menguruskan hal-hal teknikal penyertaan pasukan yang perlu diselesaikan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 6 Januari 2017.

Jawatankuasa EXCO juga memaklumkan bahawa KAFA hanya mendapat berita tentang penolakan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap empat permohonan yang dibuat, melalui laporan yang diterbitkan oleh pihak media semalam.

Empat permohonan tersebut ialah permohonan dana “one-off” sebanyak RM3 juta untuk awal musim, permohonan dana sebanyak 50% daripada bajet pengurusan musim 2017, pengurangan kadar levi dan penghapusan cukai hiburan.

Dalam masa yang sama, KAFA masih terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kelantan jika pihak Kerajaan Negeri berhajat mengambil alih pengurusan pasukan untuk musim 2018.

Bersesuaian dengan keputusan Kongres juga, KAFA akan terus berusaha mendapatkan dana sehingga tarikh akhir 6 Januari 2017 supaya penyertaan pasukan bolasepak Kelantan ke Liga Super 2017 dapat direalisasikan.

Jawatankuasa EXCO KAFA akan bertemu dengan mantan Presiden KAFA, YB Tan Sri Annuar Musa untuk mendapatkan pandangan beliau dan memohon bantuan bagi membolehkan Kelantan meneruskan hasrat untuk beraksi di musim 2017, sekaligus mengelakkan kekecewaan para penyokong sukan bolasepak Kelantan, yang merupakan sukan nombor 1 di negeri ini.

SUMBER: KAFA

KERJASAMA PUSAT DAN NEGERI PENTING BAGI MENANGANI BANJIR : TPM


PASIR MAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi YB Dato' Seri Mahadzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia meninjau mangsa banjir di Pusat Perpindahan Banjir SK Rantau Panjang 2 hari ini.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merupakan yang kedua melawat mangsa banjir semenjak ianya mula melanda Kelantan.

Sebelum pada ini Timbalan Perdana Menteri pernah melawat mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan banjir di Jeli pada awal januari lepas selepas banjir mula melanda negeri pantai timur ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri penting bagi menangani isu banjir di Kelantan yang berlarutan sekian lama untuk kesejahteraan semua mangsa banjir dan seluruh rakyat.

Semenjak tengahari tadi mangsa banjir di Kelantan adalah seramai 14,493 orang mangsa melibatkan 5,162 keluarga serta 50 pusat perpindahan banjir bagi seluruh negeri Kelantan.

Mangsa banjir di Pasir Mas merupakan yang teramai setakat hari ini ianya melibatkan lebih 10 ribu mangsa serta melebih 3 ribu keluarga manakala daerah Tumpat merupakan yang kedua teramai setakat ini..MF73 SMNET News

Rabu, 4 Januari 2017

YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA MENCEMAR DULI MELAWAT MANGSA BANJIR DI RANTAU PANJANG


PASIR MAS: Keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Diiringi YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Mencemar Duli melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Perpindahan Mangsa Banjir Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi Rantau Panjang

Turut serta adalah YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Hanifa Ahmad, YB Hajah Zailah Mohd Yusoff, YB Ustaz Mohamad Awang, Dato' Tengku Kaya Perkasa dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta pusat.

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan berkenaan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang serta melawat kawasan yang terjejas banjir di Pekan Rantau Panjang dan kawasan sekitarnya.



Rantau Panjang adalah kawasan yang agak teruk dilanda banjir di daerah Pasir Mas dengan jumlah yang dipindahkan setakat ini adalah  melebihi 8 ribu mangsa serta melebihi 3 ribu keluarga dan sebanyak 34 pusat perpindahan banjir setakat petang ini..SMNET NEWS

Gambar: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

AMARAN UNTUK PERKAPALAN

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket dan Condore sehingga Ahad, 08 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT KEPADA 11,245 MANGSA


INFO TERKINI MANGSA BANJIR

Terkini 04/01/2017 @ 3.00pm

Jajahan Terlibat: 8 - Bachok, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat

Pusat Pemindahan: 70 - Bachok(1), Kota Bharu(5), Kuala Krai(8), Machang(7), Pasir Mas(32), Pasir Putih(4), Tanah Merah(11), Tumpat(2)

Jumlah Keluarga: 3795 - Bachok(27), Kota Bharu(181), Kuala Krai(143), Machang(97), Pasir Mas(2786), Pasir Putih(162), Tanah Merah(150), Tumpat(249)

Jumlah Mangsa: 11,245 - Bachok(107), Kota Bharu(719), Kuala Krai(565), Machang(343), Pasir Mas(7521), Pasir Putih(571), Tanah Merah(600), Tumpat(819)

Sumber: ebanjir Kelantan

Selasa, 3 Januari 2017

INFO TERKINI PERPINDAHAN BANJIR DI KELANTAN


INFO TERKINI BANJIR

Terkini 03/01/2017 @ 9.00pm

Jajahan Terlibat: 9 - Bachok, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat

Pusat Pemindahan: 72 - Bachok(1), Jeli(2), Kota Bharu(5), Kuala Krai(10), Machang(10), Pasir Mas(24), Pasir Putih(3), Tanah Merah(16), Tumpat(1)

Jumlah Keluarga: 2242 - Bachok(11), Jeli(18), Kota Bharu(54), Kuala Krai(278), Machang(171), Pasir Mas(1468), Pasir Putih(49), Tanah Merah(188), Tumpat(5)

Jumlah Mangsa: 6980- Bachok(46), Jeli(57), Kota Bharu(233), Kuala Krai(1100), Machang(703), Pasir Mas(3906), Pasir Putih(186), Tanah Merah(726), Tumpat(23)

Sumber: PKOB Negeri (ebanjir)

MANGSA BANJIR DI KELANTAN TERUS MENINGKAT


KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat lewat petang tadi kepada 5,935 orang daripada 1,918 keluarga berikutan hujan lebat yang berpanjangan serta kenaikan paras dibeberapa sungai di Kelantan semenjak malam tadi

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 3,063 mangsa diikuti Kuala Krai 1,062 mangsa, Machang 765 mangsa, Tanah Merah 654 mangsa, Pasir Putih 186 mangsa, Kota Bharu 148 mangsa dan Jeli 57 mangsa.



Menurut portal eBanjir negeri Kelantan sebanyak 61 pusat perpindahan banjir dibuka di Kelantan iaitu Pasir Mas 18 pusat perpindahan diikuti Tanah Merah 15 pusat, Kuala Krai 10 pusat, Machang 10 pusat, Kota Bharu 3 pusat, Pasir Putih 3 pusat dan Jeli 2 pusat perpindahan banjir

Beberapa buah sungai utama di Kelantan menunjukkan peningkatan dan ada yang melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Jenob,   Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Golok di Kuala Jambu..SMNET NEWS

AMARAN HUJAN LEBAT PERINGKAT JINGGA


Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada : 12:58pm pada 03 Januari 2017

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Maran, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Januari 2017.

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

AMARAN HUJAN BERTERUSAN


Amaran Hujan Berterusan

Dikeluarkan pada : 01:28am pada 03 Januari 2017

KEMASKINI AMARAN :
Dikeluarkan pada : 08:43pm pada 02 Januari 2017

Hujan berterusan di negeri Pahang (Daerah Rompin dan Pekan), Kelantan (Daerah Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Selasa 3 Januari 2017.

SUMBER: MetMalaysia

SUKARELAWAN MESRA DIPERLUKAN SEGERA


Pencarian Sukarelawan di Pusat Pemindahan (SEGERA!!)

MESRA memerlukan petugas (sukarelawan) untuk bertugas di Pusat Pemindahan dengan kadar segera. Sukarelawan mestilah :
1. Bersedia bila-bila masa (sukarelawan terawal akan berlepas esok (3/1/17)
2. Bagi yang ada kenderaan 4 x 4 sangat dialukan

Mohon berdaftar dengan segera :
1. Nama
2. No Kad Pengenalan
3. No Tel
ke talian : 013-984 6916

Isnin, 2 Januari 2017

KAFA DAN KERAJAAN NEGERI SEPAKAT TERUSKAN LIGA M


KOTA BHARU: Kunjungan Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung KAFA ke Pejabat Menteri Besar Kelantan bagi membincang kemelut yang dihadapi KAFA dan bolasepak Kelantan menunjukkan perkembangan positif.

Perbicangan 8 mata antara Pemangku Presiden KAFA, Setiausaha Agung dan Menteri Besar Kelantan disertai oleh Exco Sukan Dato Abdul Fattah Mahmood sepakat bagi meneruskan Liga Malaysia tahun ini.

Sebelum pada ini keputusan Kongres Luar Biasa KAFA pada  29 Disember 2016 bersetuju menarik diri daripada Liga Malaysia musim ini dan akan memuktamadkan menarik diri sebelum tarikh pendaftaran akhir pemain pada 6 Januari ini.

Perkembangan terbaru ini pasti mengembalikan semangat bolasepak Kelantan yang telah lesu akibat KAFA yang ingin menarik diri daripada Liga Malaysia musim ini.
Berita ini juga pasti mengembirakan penyokong setia bolasepak dan rakyat negeri Kelantan..SMNET NEWS

MANGSA BANJIR DI RANTAU PANJANG MENINGKAT


PASIR MAS: Mangsa banjir di Rantau Panjang terus meningkat petang ini akibat limpahan air Sungai Golok dan hujan yang berterusan semenjak semalam.

Menurut portal e.banjir Negeri Kelantan mangsa banjir yang dipindahkan setakat pukul lima petang tadi adalah seramai 241 mangsa membabitkan 85 keluarga.

Menurut portal itu lagi, sebanyak 8 pusat perpindahan banjir telah dibuka semenjak banjir melanda sehingga petang ini.

Pusat perpindahan yang telah dibuka sehingga kini ialah Sek. Keb. Kampung Rahmat, Sek. Keb. Gua Tok Deh, KRT Lubok Setol, Sek. Keb. Rantau Panjang 2, Sek. Men. Agama Kampung Bonggor, Madrasah Kampung Rahmat Hilir, Sek, Men. Agama Lati Gual Periok dan Madrasah Bechah Kaki bagi kawasan Rantau Panjang.

Manakala sukatan aras air terkini bagi Sungai Golok adalah 10.24 meter sehingga pukul lima petang tadi ianya melebihi paras bahaya 9 meter, manakala laporan cuaca adalah hujan berterusan sehingga hari ini. SMNET NEWS

PEKAN RANTAU PANJANG MULAI BANJIR


RANTAU PANJANG: Keseluruhan pekan Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai  di sini ditutup akibat  dinaiki air melebihi satu meter sejak tengah malam tadi.

Beberapa laluan masuk ke pekan Rantau Panjang dan perkampungan di tebing Sungai Golok juga ditenggelami air banjir.

Bacaan paras Sungai Golok kini mencatatkan bacaan melebihi 10 meter iaitu melepasi paras bahaya, 9 meter.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd Adni Ibrahim berkata, sehingga 9 pagi tadi, 159 penduduk Rantau Panjang membabitkan 63 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Beliau menjangkakan jumlah mangsa dipindahkan akan terus
meningkat berikutan air sungai menunjukkan trend menaik selain hujan yang masih berterusan.

"Kita bersiap sedia memantau keadaan dan berusaha memindahkan mangsa yang terdedah kepada banjir ke pusat pemindahan. Setakat ini, pekan Rantau Panjang sudah tidak boleh dimasuki kepada semua kenderaan," katanya.

17 SEKOLAH DITUTUP AKIBAT BANJIR DI KELANTAN


KOTA BHARU: Sebanyak 17 sekolah di Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas ditutup hari ini berikutan banjir yang melanda keempat-empat jajahan itu semalam.

Jabatan Pendidikan Kelantan dalam kenyataannya malam radi berkata, lapan sekolah ditutup di Kuala Krai, lima di Tanah Merah serta masing-masing tiga dan satu di Pasir Mas dan Tumpat.

Di Kuala Krai, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gajah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura.

"Bagi Tanah Merah pula, lima sekolah itu ialah SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Tebing Tinggi dan SMK Ladang Kerilla.

"Turut ditutup tiga sekolah di Pasir Mas iaitu SK Kampung Baru, SK Rahmat dan SK Rantau Panjang dan satu di Tumpat iaitu SK Pulau Beluru," tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah murid dan pelajar yang terjejas akibat penutupan sekolah-sekolah berkenaan. - Bernama

AMARAN HUJAN BERTERUSAN


Amaran Hujan Berterusan

Dikeluarkan pada : 06:33am pada 02 Januari 2017

KEMASKINI AMARAN :

Hujan berterusan di negeri N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak dan Muar), Pahang (Daerah Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Kelantan (Daerah Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin 2 Januari 2017.

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

Ahad, 1 Januari 2017

TPM MELAWAT MANGSA BANJIR DI KELANTAN


JELI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Dato' Seri Shahidan Kassim serta agensi-agensi kerajaan tiba di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli petang tadi untuk melawat mangsa banjir bagi daerah Jeli yang merupakan daerah terjejas banjir di Kelantan.



Datuk Seri Zahid turut menyampaikan bantuan banjir kepada semua 196 mangsa banjir bagi daerah Jeli  serta meninjau segala bantuan untuk diberikan kepada semua mangsa terbabit dengan banjir.

Timbalan Perdana Menteri berkata kebiasaannya banjir di Kelantan melanda pada musim tengkujuh iaitu mulai Disember, namun kali ini ia bermula awal bulan Januari. SMNET NEWS

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef North sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur & Sarawak sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Isnin, 02 Januari 2017.

SUMBER: MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT KEPADA 1,872 ORANG


KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,872 orang daripada 524 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 1,067 orang daripada 258 keluarga 6 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan itu ditempatkan di 17 pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

"Kini (sehingga 9 malam) terdapat 654 mangsa di 10 pusat pemindahan di Kuala Krai, 1,046 orang di lima pusat pemindahan di Jeli dan 172 orang di dua pusat pemindahan di Tanah Merah," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau menjangkakan jumlah itu kemungkinan meningkat lagi sehingga tengah malam ini kerana operasi memindahkan mangsa banjir di tiga daerah itu masih berjalan.

Zainuddin berkata, dua pusat pemindahan yang baharu dibuka di Kuala Krai iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sok dan SK Banggol Guchil.

Beliau berkata anggota APM bersama agensi lain akan terus bekerjasama memastikan operasi memindahkan mangsa banjir berjalan lancar.

Katanya, setakat ini hanya sebatang jalan utama menghubungkan Kuala Krai dan Kota Bharu di Sungai Durian, Kuala Krai ditutup kepada kenderaan ringan berikutan air yang naik setinggi kira-kira 0.5 meter.

Sementara itu empat batang sungai utama di Kelantan terus menunjukkan peningkatan paras air sehingga 9 malam ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri.

Sungai Galas di Dabong meningkat kepada 36.63 meter berbanding 36.27 meter petang tadi. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38 meter.

Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 32.57 meter berbanding 31.77 meter petang tadi (paras amaran 35 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pada paras 24.84 meter berbanding 24.02 meter petang tadi (paras amaran 25 meter).

Sungai Golok di Rantau Panjang turut meningkat kepada 7.72 meter berbanding 7.49 meter petang tadi (paras amaran 9 meter).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama