Isnin, 2 Januari 2017

17 SEKOLAH DITUTUP AKIBAT BANJIR DI KELANTAN


KOTA BHARU: Sebanyak 17 sekolah di Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas ditutup hari ini berikutan banjir yang melanda keempat-empat jajahan itu semalam.

Jabatan Pendidikan Kelantan dalam kenyataannya malam radi berkata, lapan sekolah ditutup di Kuala Krai, lima di Tanah Merah serta masing-masing tiga dan satu di Pasir Mas dan Tumpat.

Di Kuala Krai, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gajah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura.

"Bagi Tanah Merah pula, lima sekolah itu ialah SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Tebing Tinggi dan SMK Ladang Kerilla.

"Turut ditutup tiga sekolah di Pasir Mas iaitu SK Kampung Baru, SK Rahmat dan SK Rantau Panjang dan satu di Tumpat iaitu SK Pulau Beluru," tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah murid dan pelajar yang terjejas akibat penutupan sekolah-sekolah berkenaan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan