Ahad, 15 Januari 2017

AJAL DALAM KERETA AKIBAT ASMA


 KOTA BHARU: Seorang lelaki yang menghidap penyakit asma maut selepas sesak nafas ketika dalam perjalanan menghantar tiga anaknya ke sekolah di Jalan Taman Uda, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu, Nik Fa Nik Din, 47, dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Chat, di sini.

"Mangsa yang memandu Perodua Kancil dari arah Kampung Tapang ke SK Tanjung Chat secara tiba-tiba tidak sedarkan diri sebelum kenderaannya terbabas ke lorong bertentangan berhampiran tali air.

"Tiga anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan