Selasa, 10 Januari 2017

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016 MILIK FAIZ SUBRI


Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi.

Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.

Berita Sukan MY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan