Rabu, 18 Januari 2017

BAS EKSPRES REMPUH TRELER PEMANDU PATAH KAKI


MACHANG: Seorang pemandu bas ekspres cedera dalam kemalangan yang melibatkan 2 buah bas ekspres dan treler di Labok, Machang pagi tadi

Kemalangan yang berlaku pukul 5 pagi itu menyebabkan pemandu salah sebuah bas ekspres patah kaki kiri selepas tersepit ditempat duduk pemandu.

Kedua-dua bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan berlepas di Terminal TBS malam tadi.  Bagaimanapun, penumpang kedua-dua bas ekspres serta pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.


Pemandu bas ekspres Darulnaim yang cedera kemudian dirujuk ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan kejadian berlaku apabila bas ekspres merempuh belakang treler sebelum dilanggar sebuah lagi bas ekspress dari arah belakang.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, pihaknya menerima panggilan 5.09 pagi dan tiba ditempat kejadian beberapa minit kemudian.

Setibanya ditempat kejadian salah seorang pemandu bas ekspres tersepit ditempat duduk pemandu dan bomba mengambil masa 25 minit mengeluarkan mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan