Khamis, 5 Januari 2017

CUB PRIX PERTIMBANG TUJUH KATEGORI MUSIM 2017


Saingan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijangka bertambah menarik dengan kemungkinan pertambahan kepada tujuh kategori perlumbaan dalam kalendar musim 2017 yang akan bermula tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan oleh promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd serentak dengan pengumumkan jadual bagi 10 pusingan musim ke-24 yang akan bermula pada awal Mac dan berakhir pada November depan, hari ini.

Siri kejuaraan motosikal kebangsaan itu ketika ini mempunyai format enam kategori perlumbaan iaitu tiga kelas terbuka, satu kategori perlumbaan separa amatur dan dua kategori satu pengeluar sepanjang tiga musim lepas dan pertimbangan untuk menambah satu lagi kategori perlumbaan kelas ‘rookie’  bagi musim 2017 dapat membuka lebih ruang untuk pelumba-pelumba muda berada di atas grid perlumbaan.

“Tahun lepas kami telah memanjangkan tempoh permohonan untuk perlumbaan kategori satu pengeluar memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan dan kami menerima hampir seribu permohonan dari remaja-remaja yang berminat untuk menjadi pelumba. Namun, hanya sebahagian kecil daripada mereka ini yang berpeluang untuk menyertai perlumbaan peringkat pembangunan yang dikendalikan oleh pihak pengeluar Honda dan Yamaha ini.

 Kami akui terdapat permintaan dan keperluan bagi membolehkan lebih banyak pelumba-pelumba muda dapat menceburi bidang sukan permotoran ini,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Kalendar 10 Pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017:

Rd 1 Temerloh, PAHANG – 4 & 5 Mac

Rd 2 MAEPS, SELANGOR – 25 & 26 Mac

Rd 3 KELANTAN – 14 & 15 April (Perlumbaan Sabtu)

Rd 4 MELAKA – 13 & 14 Mei

Rd 5 JOHOR – 15 & 16 Julai

Rd 6 Teluk Intan, PERAK – 4 & 5 Ogos

Rd 7 Kemaman, TERENGGANU – 8 & 9 September (Perlumbaan Sabtu)

Rd 8 Kangar, PERLIS – 7 & 8 Oktober

Rd 9 Jempol, N. SEMBILAN – 4 & 5 November

Rd 10 Batu Kawan, P. PINANG – 18 & 19 November

SUMBER: www.malaysiancubprix.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan